-G.E.N.G-

Monday, October 19, 2009

.............

Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah sepurnama kita beraya…dan seperti tahun2 sebelumnya, pelaksanaan pose 6 aku berlalu begitu sahaja…hahahaha
Tahun ni orang yang dipertanggungjawabkan atas kegagalan aku menghabiskan pose 6 ialah Puan Prof Aminah merangkap lecturer sensori aku. Ini adalah kerana, beliau telah mewajibkan sume bebudak fud science untuk g sensory test at least 10 times for each person!!!
Maka, tiadalah kesempatan olehku untuk menghabiskan pose kerana jika aku berpose nanti tiadalah kecukupan waktu untuk aku menghadiri 10 kali test tersebut (tp ekceli org laen leh je pose 6, main reason nye ialah MALAS!!!!!)hahaha…


Kini, aku sedang bermuram durja memikirkan cara nak mengejar kembali sume subjek aku kerana skang ni ialah STUDY WEEK..hohohoho
Minggu yang paling dinanti-nanti oleh sume student!walla…Seperti taun2 yang lepas, aku mmg xpenah langsung nak sentuh buku jika ketiadaan exam. Walau bagaimanapun, masih ade rasa takot bertakhta di hati (ayat apakah???) namun pada tahun ini, suatu kepelikan melanda kerana tiada rasa takut waima secubit beras pon!hhahahaha…mengapakah ini terjadi? Sampai bilakah ianya harus terjadi???



p/s: motip aku meraban dlm ayat yang sukar difahami ini adalah kerana kerinduan yang mendalam terhadap Bahasa Melayu Karangan time skola rendah daulu kala..hahahhaa

4 comments:

MeaBerry said...

serious. aku pun tak sempat puasa 6 wei.. hermm geram betoi

bella said...

hahaha ak pon xsmpt pose 6...huhuhu ni pon pose gnti jek..

Faziera said...

wei..samela..aku pn xde rs takot sgt tahun nie tok study..apasal ah?cm confident je dpt dekan kn?ahak hak hak...

p/s: boley blah dpt dekan!!!

nurul lalala said...

mea: ko xsempat nape?

bella: ko kn ganti bape ari?

faziera: dpt dekan xleh tekan leh la..hahaha

Related Posts with Thumbnails