-G.E.N.G-

Friday, June 18, 2010

ku punya si DIA...

Kali ni aku nak bercerita tentang si DIA. Kalau org lain ada orang teristimewa, aku pun ada juga!!!! Si DIA orang Selangor.Tua beberapa tahun dari aku. DIA ada 11 adik beradik. DIA adalah anak ke 6. DIA berasal dari keluarga yg susah. Tapi aku tak kisah. Harta bukan segalanya. Oleh sebab family DIA susah, DIA berhenti sekolah pada umur 15 tahun untuk menyara keluarga. Macam2 kerja yg DIA buat. Bawak teksi, kerja kontrak, kerja kilang, jual Tupperware pun pernah dilakukannya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk menyara adik-adiknya yg masih kecil.

Si DIA sangat menyayangiku. Aku pasti. Apa yg ku minta, tak pernah ditolak. Tak pernah diabaikan. Apa saja yg aku nak makan, sebut je, mesti dapat lepas tu. Teringat pula sewaktu mula2 berjauhan dengan si DIA. Masa tu aku masuk asrama. 1st time berpisah dengan DIA. Time skola, hanpon pon xde. So, aku jarang2 boleh berbual dengan DIA.

Lepas seminggu masuk asrama, baru aku berpeluang nak call dia. Maklumlah, hidup di asrama sibuk. Terkejar-kejar setiap masa. Mula2 dengar suaranya, aku jadi sebak. Sebak menanggung kerinduan yg menggunung. DIA juga begitu. Dapat ku dengar getar suaranya menyatakan rindu. Ianya tidak berhenti di situ. Seminggu selepas itu, aku dikejutkan dengan kehadiran si DIA ke sekolahku. Melihatnya, aku terus berlarian mendapatkannya. Berpelukan melepaskan rindu. Macam filem Hindustan pon ade gak.hehehe…

Sewaktu cuti selepas habis matrikulasi, aku diuji maha hebat oleh Allah. Mak aku dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Mak koma. Doktor cakap, harapan untuk mak sembuh adalah tipis. Hancur luluh hatiku mendengarnya. Namun, aku bersyukur kerana punya si DIA. DIA sangat setia di sisiku dan sentiasa membantuku untuk menjadi lebih tabah. Tawaran ke UKM yg ku dapat dipandang sepi oleh aku sendiri. Tak semangat nak masuk U bila memikirkan keadaan mak. Namun si DIA memujukku dan meyakinkan bahawa mak akan selamat. Bermacam ikhtiar dilakukan. Aku tak putus2 berdoa agar mak selamat. Si DIA juga beria-ia mengadakan solat hajat untuk mak. Malah DIA turut menyeru rakan-rakannya untuk sama2 berdoa dan solat hajat untuk mak. Betul kata DIA, setelah 9 hari koma, mak akhirnya sedar. Malah doktor juga terkejut melihat recovery process mak. Aku begitu gembira.

Kini, mak telah sembuh sepenuhnya. Dan sekarang aku sedang bercuti semester. Cuti ini memang aku habiskan bersama si DIA. Menonton wayang, bermain boling, apa saja dengan si DIA. Hari-hari yg ku lalui dengan DIA adalah hari yg hebat. DIA adalah lelaki terbaik yg pernah aku kenal… DIA ialah

BAHARI BIN DAHLAN

Ya…dia adalah ayahku. Sempena hari bapa ini, ingin ku ucapkan:

“Selamat Hari Bapa buat Ayah. Ayah banyak mengajar adik tentang erti kehidupan sebenar. Tanpa Ayah, tak mungkin ada adik. Terima kasih yah. Moga Allah memberi kesempatan untuk adik membalas semua jasa ayah pada adik..terima kasih banyak-banyak…Love you so very much~”


ni lah aku nye si DIA...heeee






p/s: skang ngah mode tacing...ouch~

Friday, June 11, 2010

Tuesday, June 1, 2010

aku ngah cuti
uma xde tenet
so xleh nak update slalu....






p/s: skang dok lepak kat Bangi kopitiam [tumpang on9~heee]
Related Posts with Thumbnails