-G.E.N.G-

Sunday, October 31, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA GADIS…



Jika anda terjumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri2 seperti berikut, sila JAUHKAN DIRI dari mereka!!!

































1.      Tinggi [lebih dari 170cm]
2.      Pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 above [kalau kurang, still boleh dipertimbangkan]
3.      Mempunyai kereta
4.      Mempunyai rumah [BONUS]
5.      Penyayang
6.      Penyabar
7.      Caring
8.      Suka budak2
9.      Romantik
10. Rajin
11. Good looks [BONUS]



Kerana itu adalah ciri2 BAKAL SUAMI akuMySpace [dah c0p dulu nih!]..Jadi,  sila jauhkan diri dari mereka..



Sekian, terima kasih.MySpace

Friday, October 29, 2010

lelaki itu dayus

Pagi ni aku bukak facebook. Nampak kawan aku share link. Bila aku bukak, nampak berita ni:


Pelajar UiTM koma dibelasah


HABERI sedih ketika melawat Hizreen di Unit Rawatan Rapi Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.




KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.
Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian akibat luka dalaman yang teruk di bahagian kepala.
Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Bapa mangsa, Haberi Hamzah, 49, yang merupakan seorang juruteknik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkata, dia menerima panggilan daripada teman serumah anaknya itu pada pukul 1.30 pagi 22 Oktober lalu di rumahnya di Semenyih, Selangor.
"Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan Hizreen, dia dikejarkan ke Hospital Machang kerana cedera dipukul oleh kawan lelaki yang dikenalinya.
"Keadaannya tenat dan saya diberitahu Hizreen dipindahkan ke HUSM.
"Daripada cerita rakan anak saya itu, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 10 malam pada 22 Oktober lalu di hadapan rumah sewa Hizreen berhampiran kampus UiTM Machang selepas mereka bergaduh," katanya.
Rakan anaknya itu mendakwa sebelum kejadian Hizreen dilihat bertemu dengan teman lelaki yang datang ke rumah sewa mereka dan berlaku sedikit pertengkaran.



p/s: Aku cukup pantang lelaki pukul perempuan. MySpaceTak kiralah apa sebabnya. Sangatlah tak gentleman n macho!

Tuesday, October 26, 2010

kenapa

Beberapa hari yang lepas, aku post entry hatiku yang remuk redam.

Tiba2 aku dapat mesej dari kawan aku:

Dia: Wani, kenapa ni?

Aku: Kenapa, apa?

Dia: Ya lah, kalau ye pon kau ada hati kat aku, jangan lah satu dunia kau nak bagitau...

Aku: ape yg kau merepek ni? tak paham la..

Dia: Tadi aku baca blog kau. Kau post pasal kau suka kat kawan kau..janganlah macam tu, kita kan kawan..aku sayang kat kau. Tapi sayang aku kat kau hanya sebagai kawan je. Tak lebih dari tu. Aku harap kau paham. Anyway, kita still frenz rite??

Aku: Terima kasih la sebab kau ngaku kau sayang aku. Tapi untuk pengetahuan kau, orang dalam blog aku tu bukan kau. Takde kena mengena pon ngan aku. Tu cuma hasil nukilan aku je. Takde kena mengena dalam hidup aku. Sorry sebab buat kau salah paham. Anyway, bukan kau sorang je kawan lelaki yang aku ada..

Dia: ..................[tak reply p0n]







p/s: kenapa laki cepat perasan???

Makan roti boleh pendekkan nyawa?

Isu ni aku dapat thru emel yg dihantar oleh mak aku sendiri..so saje aku nak share dengan semua..Betul atau tidak, aku p0n xsure. In case kalau korang ada apa2 info, jangan lupa bagitau tau!!!




*FAKTA BENAR - Bahaya Roti **!!*
------------------------------
 *Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)*

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur , termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), *didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.*

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

*Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti
tempatan.*

*Gardenia*

Sebagai contoh *Gardenia Original Classic (Enriched White Bread)* mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. *Gardenia Wholemeal Bread* 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga *Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain)* adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara *Gardenia Breakthru (Formula White)* adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. *Gardenia Roti Krim Coklat* mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. *Gardenia Roti Krim Vanila* juga 3.0 kali lebih tinggi dan *Gardenia Roti Krim Jagung *juga 2.4 kali lebih tinggi.

*High 5*

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. *High 5 Nutri-White Sandwich Bread *didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, *High 5 Sure Value Sandwich Bread *ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). *High 5 Wholemeal Bread *mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

*Ban High 5* juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

*Roman Meal*

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. *Roman Meal Honey & Oat Bran Bread* ialah 3.4 kali lebih tinggi, *Roman Meal Hi Calcium Bread* 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

*Roti Pasar Raya*

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. *Giant Roti Sandwic*ialah 2.9 kali lebih tinggi dan *Giant Bread (Concess)* 1.7 kali lebih tinggi.

*Tesco Wheat Bran Bread* mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. *Tesco White Sandwich* 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

*The Four Leaves English Toast Bread *yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

*Rangkaian Makanan Segera*

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds.
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. *KFC Colonel Burger* mempunyai
2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan *ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng* lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. *McDonalds
Beefburger* mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

*Kedai Roti Tempatan*

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery *dan lain-lain.

*Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.*

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.
Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

*Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.* Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate *boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

*Tiada Penguatkuasaan*

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. *Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.*

*Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.*

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran
September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

*APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?*

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
 Terlalu Banyak Garam
 Lemak Trans
 Terlalu Banyak Yis
 Enzim Ubah Suai Genetik
 Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.

*Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan
membakar").*

*Roti hari ini juga menjadi semakin lembut - mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.*

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."
(Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006). 






p/s: kalau ada info bout this, jangan lupa komen eh~tq

Saturday, October 23, 2010

broken


As I sat here
I was trying to think of all the times
You hurt me and made me cry. . .

Hoping and wishing
it would make me like you less
But it didn't!

Because all the times
I could remember were the ones
when you showed me that you cared...

I didn't want to believe that you ever did
You walk by me everyday and say hello
Everyday you take time out to listen to me..

You talk to me, 
smile at me, 
laugh with me,
and have fun with me...

Well, I talk, smile and laugh too,
but inside I'm hurting...

Deep down it hurts to be with you
because I love you and you are only a friend!



MySpace


p/s: hati aku berderai. usah ditanya mengapa!

Friday, October 22, 2010

budak ni c0mel..

Aku rasa orang yg wat ni sgt kreatif!!!MySpace Sila klik utk lebih jelas~




sumber: kat sini

Thursday, October 21, 2010

5 perkara..[PART 5]-finale

1.  Perkara 5: Aku = Percaya  Instinct


Aku selalu percaya pada instinct aku. So far, 90% instinct aku memang tepat.MySpace Mungkin kebetulan je. Tapi still, aku berpegang pada instinct aku untuk buat hampir setiap benda yang aku nak buat. Bila aku jumpa orang for the first time pon, aku akan tengok apa yang instinct aku cakap. Tapi tu mungkin lebih kepada first impression atau judgement aku sendiri.. 

Contohnya: beberapa masa dulu, aku pernah terasa cam ada rumah kena masuk perompak, esoknya aku dapat berita rumah jiran aku kena pecah. And paling penting, aku selalunya dapat detect orang yang menipu aku. Tapi, aku akan layankan aje..malas nak kecoh2. So, jangan la berani2 nak tipu aku, ok! hahah..Pastu mulut aku selalunya masin. Hehe..kebanyakan  yang aku cakap, mesti jadi. Tapi tu pon mungkin kebetulan je sebab apa yang berlaku kan atas kuasa Allah..
MySpace

p/s: skang aku bizi ngan exam. kalau lama tak update tu phm2 jela eh..

5 perkara..[PART 4]

1.     Perkara 4: Aku = Tak suka makan sayur

Aku memangla sangat3 kurang suka makan sayur. Orang2 yang rapat dengan aku memang tau la mende ni. Tapi ekceli aku makan gak sayur. Tapi cerewet. Aku hanya makan sayur tertentu je. Contoh sayur yang aku makan: kacang buncis, kobis, kangkung, kalian (sikit2), bayam dan lain2 yang aku tak berapa ingat. Tapi kalau aku makan pon, sangat la sikit dan bergantung pada mood aku. Kalau aku rasa dah lama sangat tak makan sayur, aku makan la.MySpace



Cara masakan sayur tu pon memainkan peranan yang penting gak! Sayur dalam nasi/mee goreng, aku tak makan. Mix vege aku pon xmakan. Sayur yang masak sampai benyek2 pon aku tak makan. Sayur berdaun hijau kat kedai nasi campur/kafe pon aku tak makan. Sebab fobia time skolah dulu. Kawan aku selalu terjumpa ulat sayur..huhu..yarks~MySpace



to be continue...MySpace

Wednesday, October 20, 2010

5 perkara..[PART 3]

Perkara 3: Aku =  Bomoh hujan

Masa aku kecik2, aku selalu jadi bomoh hujan. Nak tau macam mana? Aku akan lukis gambar matahari banyak2 kat atas kertas, pastu letak kat tempat yang menghadap luar (contoh: tingkap rumah or kereta). Pastu seru la: hujan..hujan..hujan..[take note: cara seru tu pon ada nadanya yang tersendiri ok!] yang bestnya, lepas tu memang kompem hujan turun!hehe..da masuk khurafat lak ni! Secara kebetulan je tu. DON’T TRY THIS AT HOME! 

lukis camni..

Tapi sekarang ni, dah tak payah buat macam tu lagi. Sekarang ni kalau nak hujan turun, suruh la aku basuh kain. Sebab sekarang ni, bila aku basuh kain je, hujan mesti turun. Paling koman pon, mendung! Geram aku. 

Berikut adalah kronologi kajian:
·        Time aku amik kain, masukkan kain dalam washing machine-->hari panas terik.
·        Time kain tengah putar dalam mesin-->hari sekejap panas, sekejap mendung.
·        Time keluarkan kain/ tengah sidai-->hari panas.
·        Time masuk dalam bilik, lepas sidai kain and baru je duduk ngadap laptop-->  hari mendung/hujan!!!!!!!!!!!!


Sedih btol la..tapi, apa2 p0n, hujan tu kan satu rahmat! Aku still bersyukur dikurniakan hujan. Buatnya tak hujan berbulan2, naya je! kering kontang aku!



to be continue..MySpace

5 perkara..[PART 2]

1.   Perkara 2: Aku =   Suka kira tangga

Ini antara perangai pelik aku yang mungkin memang takde sorang pon yang tau. Setiap kali aku naik tangga, mesti aku kira tangga tu dalam hati. Tak tau la ngape. Habit kot! MySpace


Buktinya:

Kalau kat UKM--> tangga setiap aras blok asrama kat KIY ialah 8. 
Tangga nak naik blok 14A KIY= 33. 
Tangga nak naik tandas blok 14A KIY = 16. 
Tangga kat UO nak turun gi FST = 17

Kat area umah aku--> tangga turun stesen Putra Gombak = 11x3
tangga jejantas KTM Batu Caves = 14x3
tangga setiap dari tingkat 1 ke tingkat 2 sekolah = 16


Tu jela buat masa ni yang aku ingat. So, kalau jalan sebelah aku time naik tangga, kalau korang bercakap aku buat tak tau je, bukannya sebab taknak layan tapi tu sebab aku tengah khusyuk kira tangga. Ok??



to be continue...
MySpace
Related Posts with Thumbnails