-G.E.N.G-

Monday, October 4, 2010

persiapan bakal pengantin-part 1

Ha...disebabkan musim orang kawin da dekat ni, aku nak la kongsi check-list untuk bakal2 pengantin. Walau pun bukan aku yang nak kawin, tapi ape la salahnya tolong kan???


Ok, check-list ni aku dapat kat sini. Tapi ni aku copy part by part dulu ok?


6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan
 [penting ni! especially kalo nak book tarikh yg menjadi idaman orang ramai. cth: 10.10.10]

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.
[senang sket nak beli barang persiapan and yg penting, tak tercampur konsep!]
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.
[jangan sesekali abaikan pihak yang sebelah lagi tu walaupun kenduri tu belah kita. PAHAM???]

* Tentukan tempat kenduri dilangsungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.
[kalau ikut pengalaman akak aku dulu, 6 bulan before majlis memang da kena book. Especially dewan2 tumpuan. Cth: Dewan Felda, Ballroom hotel dsbg]

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
[jangan lupa check plan tu! Ada sesetengah plan yang disediakan SALAH!!!]

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

* Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.
[ni aku rasa tak berapa penting sangat. Tapi still boleh praktikkan]

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

* Sediakan dokumen ini:
[Senarai ni aku tak sure. Mungkin boleh tanya orang yang lebih berpengalaman.]
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


* dalam list ni tak disertakan tempahan kad kahwin. Bagi aku, time skarang ni dah boleh start usha2 kad kahwin yang korang nak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails