-G.E.N.G-

Tuesday, November 30, 2010

tips melancong ke luar negara


Musim cuti skola skang ni mesti ramai parents yang nak bawak anak2 gi jalan2. Lebih2 lagi kalo org kaya. Asal holiday je, gi oversea. Tapi sekarang ni, tak semestinya org kaya je yang boleh gi oversea. Orang yang sederhana kaya p0n boleh gak..bukankah skang dah ada AIRASIA? Now, everyone can fly katanya!

So aku wat entry ni khas untuk mereka2 yang nak gi melancong ke oversea la..Aku harap tips ni berguna especially untuk yang 1st time nak gi oversea.


1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Kenapa? Sebab selalunya tempat2 pelancongan pada hari minggu lebih pack berbanding hari biasa. Kalau pack sangat pon, da tak berapa best coz penuh sesak. And selalunya caj yang dikenakan untuk kebanyakan benda [eg bilik, permainan sukan, bayaran masuk theme park] adalah lebih mahal dari biasa! Tak yah gi jauh, kalau tanya harga manggis kat kampung aku pon, rm4 harga biasa, rm8 harga weekend. See??


2.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati. 
Before pergi, survey dulu tempat yang nak dituju tu. lagi bagus kalau korang tahu tentang  lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan kat sana nanti. Jalan paling mudah--> tanyalah incik google. Semua maklumat ada! Kalau tak pon, korang boleh tanya kawan2 atau sedara2 yang pernah pergi ke tenmpat tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah gambaran tempat tu b4 sampai.

3. Gunakan khidmat agensi pelancongan. 
Ni tips paling senang dan berkesan bagi aku. Bagi je duit, terus settle. Tak payah nak pening2 pikir tempat menarik yang nak dilawati. Risiko kena temberang kat luar sana pun kurang. Dan kalau yang perempuan tu, lebih selamatlah coz selalunya travel pakai agent ni, dia akan gatherkan kita dalam satu kumpulan. So, takde lah korang sorang2 or berdua je..Beramai kan lebih baik? Tapi setiap travel agent akan tawar pakej yang lebih kurang sama tapi dengan harga yang berbeza. So kalau bajet ciput, survey lah travel agent yang betul2 sesuai dengan bajet korang tu. [Tips extra: jangan malu2 mintak diskaun ngan ejen tu. Kalau bernasib baik, leh dapat diskaun!!]


4.Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Simpan je la sume rantai2, gelang2 emas korang tu. Bukan tu je, hatta jam tangan, purse, spec itam atau apa2 barang yang menarik perhatian-->jangan bawak! Malang tak berbau beb!


5. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Kalau rajin, survey la money exchanger yang offer harga yang reasonable. Walaupun nilai matawang agak tetap, tapi kadang2 ada kedai money exchanger yang tawar harga yang lebih murah. Tapi kalau sesak sangat, dekat airport selalunya ada. [extra tips: boleh tawar menawar kalau berani. Tapi tak yah la berharap sangat. Hanya kedai2 tertentu je yang bagi.]








-Selamat melancong!-

MySpace

Monday, November 29, 2010

nama aku da pemes

Kalo org laen dok sibok nak msukkan nama dalam world record, aku p0n sama! Nak gak jadi pemes!heee...


Tapi aku ni setakat Malaysia je la..1st time tu.


Based on entry aku yang ni dan yang ni, setelah menunggu berbulan-bulan lamanya dan setelah aku men-sound penganjur tu, akhirnya:












dapat gak sijil aku!










p/s: seronoknya!!!

Tuesday, November 23, 2010

segalanya tentang coca-cola

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. 

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. 

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya--> karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan  hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. 

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. 
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

 9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun!!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal betapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..


sumber: kat sini

sifat wanita mengikut unsur

Semalam aku bukak pesbuk..nampak ni. Macam best je so aku copy untuk korang~heeee
Bacalah..


A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas 


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah



p/s: sape anak yang ke-13 dan ke atas tu, tak dapek den nak nolongnye!!!



sumber: kat sini

Monday, November 22, 2010

kesan plastik


Dari el0k muka cun melecun, da jadi camni...huhuhu

Tak berapa jauh perubahan dia tapi still worse than before!!!

 


Kalau tak salah, orang panggil dia ni p0mpuan kucing coz muka dia da jadi cam kucing sket2..kan?


Yang ni dah macam bonzer plak aku tengok..huhuhu






Mungkin, ni lah sebabnya Allah melarang kita mengubah apa yang telah dijadikanNya. Patutnya kita bersyukur dapat anggota badan yang sempurna, sihat tubuh badan dan still hidup walaupun untuk sementara. Moral of this entry, bersyukur atas nikmat yang diberikan tuhan and say no to plastic surgery!!![melainkan kalo severe injury macam kebakaran or terkena simbah ngan acid etc..]

Tuesday, November 2, 2010

Aku = blogger harapan??





Thank you so much miss nina coz sudi bg award ni. 1st time woo dapat award!


1. Kenapa suka blog orang yang bagi award ni?
Blog ni sangat best! Banyak info yang dapat and selalu update. 
So memang tak rugi follow! Jom follow ramai2..heee
[follow mindart ni sekali tau!]


2. Reaksi selepas mendapat award ni?
Excited, seronok sampai lompat2 pastu guling2..hahaha
First time la katakan..[soooo exaggerate la aku ni!]


3. Sila passing award.

Aku letak kat shoutmix orang tu, jadi, 
sudi2 lah tag aku balik nt eh~

MySpace

Monday, November 1, 2010

Platinoem Band – Bukan Untukku


Aku suka lagu ni skang..lagu indo~
macam kena2 sket ngan aku..MySpace
Tak ku sesali cintaku untukmu
Meskipun dirimu tak nyata untukku
Sejak pertama kau mengisi hari-hariku
Aku t’lah meragu mengapa harus dirimu


Aku takkan bertahan

Bila tak teryakinkan

Sesungguhnya cintaku
Memang hanya untukmu


Sungguh ku tak menahan
Bila jalan suratan
Menuliskan dirimu
Memang bukan untukku selamanya


Tak ku sesali cintaku untukmu
Meskipun dirimu tak nyata untukku
Sejak pertama kau mengisi hari-hariku
Aku t’lah meragu mengapa harus dirimu


Aku takkan bertahan
Bila tak teryakinkan
Sesungguhnya cintaku
Memang hanya untukmu


Sungguh ku tak menahan
Bila jalan suratan
Menuliskan dirimu
Memang bukan untukku selamanya


Kadang aku lelah menantimu
Pastikan cinta untukku


Aku takkan bertahan
Bila tak teryakinkan
Sesungguhnya cintaku
Memang hanya untukmu


Sungguh ku tak menahan
Bila jalan suratan
Menuliskan dirimu
Memang bukan untukku


Aku takkan bertahan
Bila tak teryakinkan
Sesungguhnya cintaku
Memang hanya untukmu


Sungguh ku tak menahan
Bila jalan suratan
Menuliskan dirimu
Memang bukan untukku selamanya
Selamanya
Selamanya

kenapa perempuan suka pakai mekap?

Orang lelaki selalu tertanya-tanya..kenapa agaknya orang pompuan ni suke sgt pakai mekap. And orang pompuan pulak, selalu tergila-gila nak beli and pakai mekap. Nak tau sebabnya??? Sebab ni lah....


powerful-makeup
powerful-makeup2
powerful-makeup3
powerful-makeup4
powerful-makeup5
powerful-makeup6
powerful-makeup7
powerful-makeup8
powerful-makeup9
powerful-makeup10
powerful-makeup11
powerful-makeup12
powerful-makeup13
powerful-makeup14
powerful-makeup15
powerful-makeup16
powerful-makeup17
powerful-makeup18





p/s: Aku tak reti mekap. Mesti cam mak lampir muka aku pas pakai mekap..thehehehe
Related Posts with Thumbnails