-G.E.N.G-

Tuesday, November 30, 2010

tips melancong ke luar negara


Musim cuti skola skang ni mesti ramai parents yang nak bawak anak2 gi jalan2. Lebih2 lagi kalo org kaya. Asal holiday je, gi oversea. Tapi sekarang ni, tak semestinya org kaya je yang boleh gi oversea. Orang yang sederhana kaya p0n boleh gak..bukankah skang dah ada AIRASIA? Now, everyone can fly katanya!

So aku wat entry ni khas untuk mereka2 yang nak gi melancong ke oversea la..Aku harap tips ni berguna especially untuk yang 1st time nak gi oversea.


1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Kenapa? Sebab selalunya tempat2 pelancongan pada hari minggu lebih pack berbanding hari biasa. Kalau pack sangat pon, da tak berapa best coz penuh sesak. And selalunya caj yang dikenakan untuk kebanyakan benda [eg bilik, permainan sukan, bayaran masuk theme park] adalah lebih mahal dari biasa! Tak yah gi jauh, kalau tanya harga manggis kat kampung aku pon, rm4 harga biasa, rm8 harga weekend. See??


2.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati. 
Before pergi, survey dulu tempat yang nak dituju tu. lagi bagus kalau korang tahu tentang  lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan kat sana nanti. Jalan paling mudah--> tanyalah incik google. Semua maklumat ada! Kalau tak pon, korang boleh tanya kawan2 atau sedara2 yang pernah pergi ke tenmpat tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah gambaran tempat tu b4 sampai.

3. Gunakan khidmat agensi pelancongan. 
Ni tips paling senang dan berkesan bagi aku. Bagi je duit, terus settle. Tak payah nak pening2 pikir tempat menarik yang nak dilawati. Risiko kena temberang kat luar sana pun kurang. Dan kalau yang perempuan tu, lebih selamatlah coz selalunya travel pakai agent ni, dia akan gatherkan kita dalam satu kumpulan. So, takde lah korang sorang2 or berdua je..Beramai kan lebih baik? Tapi setiap travel agent akan tawar pakej yang lebih kurang sama tapi dengan harga yang berbeza. So kalau bajet ciput, survey lah travel agent yang betul2 sesuai dengan bajet korang tu. [Tips extra: jangan malu2 mintak diskaun ngan ejen tu. Kalau bernasib baik, leh dapat diskaun!!]


4.Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Simpan je la sume rantai2, gelang2 emas korang tu. Bukan tu je, hatta jam tangan, purse, spec itam atau apa2 barang yang menarik perhatian-->jangan bawak! Malang tak berbau beb!


5. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Kalau rajin, survey la money exchanger yang offer harga yang reasonable. Walaupun nilai matawang agak tetap, tapi kadang2 ada kedai money exchanger yang tawar harga yang lebih murah. Tapi kalau sesak sangat, dekat airport selalunya ada. [extra tips: boleh tawar menawar kalau berani. Tapi tak yah la berharap sangat. Hanya kedai2 tertentu je yang bagi.]








-Selamat melancong!-

MySpace

2 comments:

hans said...

hahahah
syarat2 nih dah dipatuhi
tapi duit jer tak ada
ekekeke

P/S : Korang Kenal Blogger Aiman? Adess! Yang Suka Makan Halia Tu! Jom Usha Kejap!

nurul lalala said...

bab tu, tak dapek den nak nolong!!!wuhuhuhu

Related Posts with Thumbnails