-G.E.N.G-

Wednesday, December 8, 2010

u/p: pelajar MELAYU UKM

Olla..entry kali ni, aku nak minta tolong.
Minta tolong apa? Ha..ni yang nak cerita ni. As a final year student, sekarang ni aku tengah bertungkus-lumus [betol ke ni?] menyiapkan tesis aku. [or ada some yang panggil PSM or FYP]. Tajuk tesis aku adalah:

PENENTUAN TAHAP KEKENYANGAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU YANG BERBERAT BADAN NORMAL DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Menarik tak? Ha..menarik kan? Tesis ni dibuat untuk tengok tahap kekenyangan atau kelaparan seseorang itu makan. Secara kasarnya tabiat makan seseorang terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan 'restraint eater' atau terlalu kawal [ala2 takut makan], golongan 'disinhibition' [ala2 normal: tak terlalu pelahap or tak terlalu kawal makan] dan golongan 'hunger' [ala2 pelahap la..apa bagi, sume dia bedal!].

So sekarang ni aku nak buat 1 skala untuk orang Melayu. Benda ni 1st time in Malaysia tau! So mesti korang rasa bangga kalau jadi panel aku. Apa tunggu lagi. Jom jadi panel aku!! Tapi, untuk menjadi panel, anda mestilah mematuhi syarat2 berikut:



1.        Subjek mestilah berumur 20-35 tahun.
2.        Subjek mestilah mempunyai berat badan normal dengan IJT = 18.5 – 24.9 kg/m2.
3.        Mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris (dikehendaki menyatakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Malaysian University English Test (MUET). Hanya pelajar yang mendapat keputusan Bahasa Inggeris bagi SPM sekurang-kurang A1 hingga C5 dan ujian MUET dari band 3-6 layak menjadi subjek kajian.
4.        Tidak merokok, tidak menghidap diabetes, tidak mengambil sebarang ubat/ dadah, tidak mengikuti sebarang program diet sama ada untuk mengurang atau menambah berat badan, tidak melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan dan mengambil sarapan secara tetap.


Sekiranya semua syarat2 diatas dipatuhi, maka marilah datang beramai-ramai ke:

                      Tempat   : Makmal Pemakanan
                                  (Aras 1, Bangunan Biologi FST)
                      Tarikh    : 9/12/2010 (esok--> KHAMIS)
                      Masa       : 10.00 pagi 





Segala kerjasama anda amatlah dihargai.MySpace

5 comments:

faziera said...

syarat no 1 hingga no 3 da lulus da..tp yg no 4 tu..semestinya tidak la kan..ahaha

nurul lalala said...

o..pembetulan!

yg sarapan secara tetap tu, telah dibatalkan~tq

faziera said...

hahaha nape xde butang 'like' cm kt fb tu..best sket..huhu

nurul lalala said...

aku tak tau cane nak wat..hahaha

2+2=5 said...

akak...mcm syok je...hahahha normal tp saya pelahap..tak buleh le camni..kekekekekek

Related Posts with Thumbnails