-G.E.N.G-

Friday, February 25, 2011

Aku = seorang IBU!!!

Kejadian berlaku pada 24 Februari 2011.


Tempat: Hospital Pakar Ampang Puteri


Masa: 1.42 petang


Berat: 2.52kg


Jantina: Perempuan


Nama: Balqis Saffiyah


-ni la anak sedara aku-






p/s: ada masa nanti aku upload lagi gambar budak kecik ni~

Wednesday, February 23, 2011

Happy birthday dear AINN and IFAHA YAKULT!!!!!!!!!!

Semalam lepas exam, terus gi birthday PARTY.

Macam mana exam semalam?

Ha..for the 1st time, takde sorang pon budak fud science yang keluar awal semalam!!!

So, pandai2 la pikir pe yang aku mencarut jawab dalam tu~



Malas nak cerita panjang, aku tepek gambar sekitar besday party tersebut:

-Kek mangga yang maveles-

-Ainn-

-Ainn + Ifa-

-Kami GILA bergambar-

BEN ASHAARI poyo!

Bagi aku, BEN ASHAARI adalah seorang yang:

poyo

berlagak

bajet hensem


-inilah beliau-


Itu adalah 1st impression aku time aku mula2 tau nama beliau melalui internet ni.
First time jumpa, time gathering blogger kat Times Square hari tu.
Mula2 nampak dia, demm..dia tak bajet ensem..
tapi dia memang ensem!! kah kah kah



Second time jumpa: Shooting Vlog kat Putrajaya.
Masa ni la segala-galanya berubah..hehe
First time beramas-mesra berbual dengan beliau.
Beliau sangat humble..dan tak kedekut ilmu.
Banyak kongsi tips dengan blogger ijau macam aku ni~

So, semua negative thought aku tentang beliau sebelum ni,
da jadi positif da~hehe

-malu2 taik kucing plak aku-

To Abg BEN ASHAARI,
Terima kasih atas tips2 blogging tersebut.
Saya nak mintak maaf sebab bersangka buruk terhadap anda.



p/s: kata orang, tak kenal maka tak cinta kan?

Tuesday, February 22, 2011

Internet=siput!

Sekarang ni internet kolej aku sangatlah semput..
kalo lumba lari boleh kalah siput kot! 
Nak update blog pon tak semangat..aish~


Malam ni aku exam.
Banyak pulak tu tak cover lagi.MySpace
Tapi sibuk nak update blog..hahaha


Oh ya, malam ni jugak aku bakal jadi ibu~
Wish me luck..


For both things~MySpace

Thursday, February 17, 2011

Berdosa jadi gemuk!

MySpace semua..


Aku nak tanya satu soalan..sape gemuk kat sini sila angkat tangan!!! [buat macam ni--> \o/]
Oh ya, gemuk yang dimaksudkan kat sini ialah orang2 yang beratnya 70kg ke atas ye..yang berat setakat 50kg tapi mengaku gemuk memang nak kena lempang dengan aku..hehe

Ok2..back to the point. Sebenarnya punca aku tulis entry ni sebab tiba2 je aku teringat masa zaman aku kecik2 dulu..well..sebenarnya sejak umur 10 tahun aku memang da gemuk comey macam ni. So aku nak share sikit kisah zaman kecik2 aku. Selalunya, orang gemuk ni akan ditindas. Kenapa? Sebab mereka kurang keyakinan diri. Kenapa? Sebab dorang selalu kena ejek, hina, perli, kutuk dan sebagainya..[tapi bagi kes pembuli, tu lain cerita. aku nak cerita bagi orang gemuk yang dibuli je]


Dulu, aku selalu kena ejek dengan orang lain "gemuk..gemuk..gemuk.." kata mereka. Mestilah aku DOWN! Bukan je orang lain, tapi sedara-mara aku pon sama. Aku ingat lagi..mak cik aku penah cakap dengan anak dia kat depan aku:

"Da besar esok, jangan jadi macam kak wani tau..gemuk! kah..kah..kah.." katanya.

Bukan itu je, banyak lagi gelaran yang dorang bagi kat aku..
doraemon la..

pengurus Undertacker la..

tonggong la..debab la..[sila jangan gelak sebab aku tengah mode tacing nih!]
Kenapa eh? Memang orang gemuk ni wajib diberi gelaran eh?

Aku selalu tanya mak aku: 

"Mak, salah ke jadi gemuk ni? Berdosa ke?"

" Tak lah..awak tak salah pon. Takyah dengar cakap dorang tu..Dorang tu yang tak betul" 

Ala-ala macam tu la cara mak aku pujuk. Bila da lama sangat, aku pon da tak larat nak tacing dengan apa yang dorang cakap, gelar aku..apa semua. Aku redha je la. Bagi aku, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Manusia ni, lagi dilayan, lagi menjadi2 dan akan buat kita sakit hati. So aku biarkan je apa yang dorang nak cakap. Bila penat nanti dorang diam lah..



So, pada sesiapa yang pernah mengalami situasi macam di atas, atau lebih kurang sma, biarkan je mereka terus berkata. Tapi, kena make sure kita tak DOWN sangat and tak effect kita untuk berjaya! Pedulikan mereka kerana apa yang penting adalah diri kita dan keluarga kita..hehe




p/s: kalo suka, sila tekan 'like'..hehe

Tips cantik 1: mengecutkan jerawat

Olla guys..kali ni aku nak berkongsi tips kecantikan pulak.
Ye la, manusia kan suka benda2 yang cantik..tak gitu?
Petua ni aku dapat dari supermodel omputih tapi tak ingat pulak nama dia..hehe


Bagaimana mengecut/menghilangkan jerawat dalam tempoh 24 jam?
Ha..caranya mudah je..tak mahal pon!
Amik je sikit colgate korang tu, and tepekkan pada jerawat tersebut.
Mudah bukan?
Hasilnya sangat mabeles!!!
Jangan ragu2, aku da penah try.
Tapi aku rasa, depends jugak serasi or tak.
Akak aku wat tak menjadi..


Sekian..


-Selamat mencuba-

p/s: jangan tepek banyak sangat colgate tu..kang nanges plak sebab beranginMySpace

Tuesday, February 15, 2011

Wanita menarik..Siapakah dia?

Info ni aku dapat dari OMG Facts.com..Kepada semua wanita, kalau nak jadikan diri korang tu menarik, sila pastikan NISBAH PINGGANG-PINGGUL korang bersamaan dengan 0.7. 


Apakah nisbah pinggang-pinggul tu? Ikut formula di bawah:


Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) ialah nisbah bagi lilitan pinggang seseorang berbanding lilitan pinggulnya. Ukuran ini boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul.
WHR, seperti lilitan pinggang ialah suatu alat untuk menganggarkan pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding  lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. Nilai WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. Nisbah pinggang:pinggul sebanyak 1.0 atau lebih menandakan  peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk  mengurangkan lemak di bahagian perut adalah langkah yang bijak.


So, kalo korang sume rasa nak kelihatan menarik dan rasa menarik, pastikan lah nisbah pinggang-pinggul korang tak lebih dari 0.7..for guys pulak = 0.9. Selamat mengukur~hahaha

Monday, February 14, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~


Hai..hai..hai..(tagline baru aku)

Macam mana keadaan korang semua? Hopefully semuanya sihat2 belaka..Ok, cut the crap.
Entry kali ni, aku join kempen yang dianjurkan oleh Cik Sunah kita..
Seperti biasa, setiap tahun bila masuk bulan 2 aka FEBRUARI, sume mesti ingat 1 hari yang paling pemes di dunia--> VALENTINE'S DAY.

Apa? Tak pernah dengar? Ha, tak pe..tak penting pon.
Tapi kalau nak tau jugak, klik sini.

Hukum Menyambut Hari Valentine [kredit to WanWMA]
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” 
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
-kredit to http://ohmalaysia.com/-
So...



Friday, February 11, 2011

Amalan Minum Air Panas


Sapa kat sini suka minum air panas??Ha..sedikit info tentang amalan minum air panas ni. Setau aku, lelaki lagi suke minum air panas kalo nak compare ngan pompuan. Ye tak? Ni merupakan entry copy paste dari emel yang aku dapat beberapa tahun lalu..hehe
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.Secara logik, mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.  Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!


Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  


Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


::Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 

serangan pertama  serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 



p/s: mari kita minum air panas ye kawan2..MySpace

Thursday, February 10, 2011

Kelebihan Surah Yassin



Salam suma..tengah buat ape tu? hehe..[intro takleh blah~]MySpace

Ok2..back to the point. Sempena hari khamis malam jumaat ni, aku nak bagi tazkirah sikit. Ye la, asek merepek2 je dalam blog ni. Kali ni nak bagi info islamik sikit. Aku yakin, ramai geng2 blogger selalu baca surah Yassin setiap malam jumaat. Tapi tahukah korang apa kelebihan membaca surah Yassin ni?

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


INFO TAMBAHAN:
Sabda Rasulullah s.a.w...

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".



Harap2, info ni mampu membantu korang sume..sape2 yang nak share, amik jela. Aku da remove disable right-click. Moga kita dapat kongsi pahalanya..


p/s: Renung2kan dan selamat beramal~MySpace

BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM



SAYA 
NAK 
JOIN 
BLOGLIST 
NI!!!!!!!!!!!!



MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

Wednesday, February 9, 2011

Petanda kamu dalam bahaya!









Sebahagian perkara di bawah, berlaku melalui pengalaman aku, sebahagian lagi berdasarkan cakap2 orang lain. Betul tau tak,  jom checkadout!

12) Korang akan baca sms/emel/komen si dia berkali-kali! Siap save, tak delete2 lagi walaupun dah berbulan-bulan~


11) Bila hangout/jalan2 dengan si dia, korang akan jalan lagi lambat dari siput! (konon takmo hari tu berlalu la kot).


10) Korang akan cover2/ malu2 kucing depan si dia..especially time makan, gelak..an? an? an?MySpace

9)Bila teringat si dia, korang akan rasa dup-dap dup-dap (berdebar) tak p0n tersengeh2 cam kerang busuk.


8)Dengar je suara dia, korang akan tersenyum lama2..kalo kes parah, sampai melompat2 atau joget2..MySpace


7)Bila bersama dia, korang takkan nampak orang lain..nampak dia sorang je! (tapi once da couple, memang mata meliar je koje nye especially guys..kan?)


6) Kalo dulu suka layan MCR MySpacetetiba sekarang layan tomok plak..


5) Pagi petang, siang malam pendek kata 24-7 asek ingat dia je la..da tak ingat benda lain da~tahap hangau nih!


4) Cepat tacing dengn si dia..salah cakap sikit nak sentap! duh..MySpace


3) Korang akan perasan yang korang ni asik la tersengeh kat diri sendiri bila ingat dia..


2) Korang sanggup buat apa je untuk dia..


1) Time baca ni, korang akan bayangkan seseorang..iaitu DIA!!!






Oh ya, lupa plak..kalo korang mempunyai kesemua atau hampir semua daripada ciri2 di atas, sah la korang skang ni tengah angau aka sedang dilamun CINTA!!ahaks~



Aku join..korang?



Well, well, well...da lama tak join kontes. 
Maklumlah, aku memang tak berapa nak bertuah bila masuk kontes.
Especially bab cabutan bertuah! 
Apa2 kontes yang aku masuk, sume KALAH!
Sadis tak?
MySpace


Tapi, takpe. Kali ni aku kuatkan semangat untuk join satu lagi kontes.
harap2 dapat lah ye..
MySpace


Ni kontes dari MONOLOG AKU.
Cara join sangatlah mudah, ringkas dan cepat je!
Semudah 1, 2, 3 atau A, B, C!!!
Just follow blog ni, buat satu entry pasal kontes ni and paste link entry kat blog ni.
Mudah kan??



So, apa tunggu lagi? j0m join~

sambutan setahun taufiqhelios.blogspot.com

Tengah bw tadi, terjah kejap kat blog Taufiq Helios aka TH. Sempena setahun blog beliau, beliau menganjurkan 1 kontes. Pe lagi..j0m j0in! Cara2 nak join, refer blog TH.




Pengalaman tak best jadi blogger: so far tak pernah la pulak..Blogger2 laen sume best! Pengalaman paling best jadi blogger: mestilah time gathering SB aritu!!!!! sgt syiok woo..


Pastu aku nak tag sume readers and follower aku...ha, pe tunggu lagi, MEH LA JOIN!!!!



*kontes ni akan berakhir pada 1 mac 2011


hadiah :

set mask from ellianto dan
pendrive 4gb dan
sijil penyertaan ekslusif dari taufiqhelios.blogspot.com




Related Posts with Thumbnails