-G.E.N.G-

Thursday, February 10, 2011

Kelebihan Surah Yassin



Salam suma..tengah buat ape tu? hehe..[intro takleh blah~]MySpace

Ok2..back to the point. Sempena hari khamis malam jumaat ni, aku nak bagi tazkirah sikit. Ye la, asek merepek2 je dalam blog ni. Kali ni nak bagi info islamik sikit. Aku yakin, ramai geng2 blogger selalu baca surah Yassin setiap malam jumaat. Tapi tahukah korang apa kelebihan membaca surah Yassin ni?

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


INFO TAMBAHAN:
Sabda Rasulullah s.a.w...

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".



Harap2, info ni mampu membantu korang sume..sape2 yang nak share, amik jela. Aku da remove disable right-click. Moga kita dapat kongsi pahalanya..


p/s: Renung2kan dan selamat beramal~MySpace

No comments:

Related Posts with Thumbnails