-G.E.N.G-

Sunday, March 20, 2011

Bumi berubah: Wujud Zaman Ais Baru?



Antara perubahan selepas gempa bumi di Jepun:

1- Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

2- Paksi bumi menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat--> punca pembentukan zaman ais.

3- Sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik.  Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

4- Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan. 

5- Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

6- Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.


Berita penuh: berita harian

3 comments:

aleen aiden said...

mak aih,takot pulak bila baca nih.huhuh

Nizam said...

nice info... terima kasih yer..

princess domo kun ! said...

uh ! ngeri tol lar zaman skrg .. haish .

Related Posts with Thumbnails