-G.E.N.G-

Friday, March 11, 2011

Fenomena rakyat Malaysia dan 5 sen

Entry ni adalah salah satu tajuk yang pernah direquest oleh Ira suatu ketika dahulu. Bila ditanya tentang 5 sen, orang akan cakap: "eleh...5 sen pon nak berkira!" Cuba fikirkan. Kalo sehari kita simpan 5sen, 10 hari da 50sen. 100 hari? 
Sikit?? Mungkin..tapi masih bernilai kan?

Aku selalu terkena. Bila makan kat restoran paspud [fast food]. Time nak bayar, cashier tu akan cakap:

"RM 8.55." [ni harga contoh je..]

 Aku bagi RM9.

Dia pulangkan baki 40sen. Aku buat muka pelik. Dia jawap:

"Sorry kak, kitorang xde 5sen."


Well, for me, da tau harga makanan ko tu berpotensi untuk ada 5sen kat belakang dia, sediakan la duit kecil. And bagi aku juga, bukan tugas seorang pembeli yang sediakan duit tukar..Para peniaga yang sepatutnya sediakan. Am I rite? ke salah?

Cuba bayangkan...sorang pelanggan, dia untung 5sen [sebab dia tak pulangkan baki 5sen], 100orang da RM5!! RM5 tu sama harga dengan lunch set aku ari2---> nasi 1 polistrin penoh + ayam kurma + sayur kangkung +sambal tempocan *tempoyak+belacan* + limau ais! Tak ke heaven tu???

Ari2 dia untung lebih RM5. Setahun da brape? Sila kira sendiri. aku malas nak amik kakileter kalkulator. So, sebenarnya aku just nak ingatkan. Jangan mudah tertipu dengan nilai 5sen tu. Setiap sen adalah berharga tau! Sedangkan iklan nuffnang ke, churp2 ke, heartbeat ke yang serendah 1 sen tu pon korang berebut-rebut nak kejar, apatah lagi 5sen??



Renung-renungkan...hehe

4 comments:

Anwar Faiz said...

betul2..aku sokong..lagi satu budaya orang malaysia yang suka buang duit 5 sen..pada diorang, 5 sen takde nilai..ini tidak patut berlaku~

Faziera said...

ye betul tu!! aku sokong.. len kali buat je muka tak puas hati kat cashier tu..baik sedekah kat masjid...

nurul lalala said...

AF: kan? org pandang rendah. kalo 1sen dulu lagi la!


NF: sedekah kat masjid dapat gak pahala..sedekah kat paspud???huhu

athirah said...

5 sen klu kumpul...dah leh basuh bju gme mesin da.....hehe

Related Posts with Thumbnails