-G.E.N.G-

Thursday, March 31, 2011

Jom celebrate April fool!!!



Esok 1 April kan? Selalunya orang akan celebrate April fool (AF) 
kan? kan? kan? Sape kat sini beragama Islam dan selalu or baru plan nak celebrate, baik hentikan je niat korang tu. Tahu tak AF ni sangat tak digalakkan [tak sure whether it is haram or not] disambut oleh umat Islam. Tahu tak kenapa?




Sejarah AF (kredit to isuhangat)

Mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.


So, disebabkan sejarah di atas la golongan muslim tak digalakkan sambut AF ni. Sebab ala2 meraikan sekali pembunuhan saudara2 mereka yg terdahulu..So, tak yah la korang sibuk2 nak join celebrate AF ni. Lagipun secara lojiknye, takde faedah pon memperbodohkan or mengenakan orang ni. Cuba kalo korang kena..Tak rasa cam nak lempang orang tu ke?? Apa? takut orang cakap ko tak sporting? Takyah heran dengan kata2 mereka. Wat muka comel je kalo dorang cakap camtu, ok?? So....


Katakan TIDAK kepada April Fool!!!

Renung-renungkan dan selamat beramal~

6 comments:

MiSzy DiaN said...

tak celebrate pn ari2 macam ni sb kdg2 blh menyusahkan org.. bnda ni sometimes blh menjatuhkan maruah org laa sekiranya di kenakan dgn teruk.. so better tk yah buat bnda ni kan..
nak buat jahat utk apa?? ehehehe..

ainol akasyah said...

follow my blog back yer =)
http://aaain90.blogspot.com/

NURSYAZWANI ZAINAL said...

sokong ! (^^,)

IFA Athirah said...

no april fool day!haip! http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

ich bin che ya said...

jgan "aprilfool"kan sy! ekeke

nurul lalala said...

betul3..sokong sume..jom boikot AF!!

p/s: AF9 jgn boikot plak..hehe [tapi kalo nak boikot pon tak salah~]

Related Posts with Thumbnails