-G.E.N.G-

Friday, April 29, 2011

Kenangan Tahun 1

Assalamualaikum uolls~




Sempena aku dah nak abis study ni, aku nak share la kenangan2 aku sepanjang berada kat U ni kan..Benda paling sinonim dengan 1st year ape ke lagi kan? Mestilah ORIENTAIK ORIENTASI!! Sape yang kata orentaik ni best memang nak kena lemp0r ngan aku *fuyohh..garang* and to make it worse, time tu mak aku tengah koma kat spital sebab demam denggi. Ye..koma sebab denggi. Bukan denggi berdarah ye uolls..denggi biasa je! *3 aku kali ulang, kalo tanya lagi mmg nak kena lempor*


Time orentaik tu la aku kenal Mai..dia rumet aku. Pada suatu hari ketika dalam minggu orentaik, aku ngan mai TERbangun lambat aritu. Bangun2 je, ari da cerah..aku time tu da nekad takmo turun da. Lepak jela kat bilik kan? kan? Tapi Mai nak gi jugak. Skema kan Mai? *mai datang! larikkkkk...* So bila turun bawah, ape lagi..mestilah kena bahan kan?

Ni la Mai..

Kitorang gi la jumpe sorang abang tu. Cakap MINTAK MAAP pe sume. Dia pe lagi..dok torcher (tak reti eja woo..) la kitorang. So the best part is, seperti yang kitorang jangka, malam tu nama kitorang dipanggil. Depan sume dak 1st year okeh! Dia soh kitorang berdiri. 


"Ha..ni la budak berdua ni. Bangun lambat pagi tadi! Dah la bangun lambat, pastu jumpa saya wat muke sardin je..TAK MINTAK MAAP pon! "


Ok..sentap tak? 1st thing yang kitorang cakap time jumpa dia is MINTAK MAAP BANGUN LAMBAT!! Pastu boleh plak dia cakap kitorang tak apologize kan? Pekak ke ape? Fitnah tau! Tak cukup jadikan kitorang bahan, dia dok bambu budak2 yang tak pakai baju kaler biru (biru is kaler wajib baju untuk pompuan time orentaik). Suruh dorang berdiri jugak~Pastu paling kelakar tetibe wat drama:

"Kalo camni la perangai korang, lantak la korang nak jadi ape pon. Kitorang yg senior ni penat2 pikir pasal korang. Nak tolong korang. Tapi korang buat camni. Dah la..jom la sume kita blah. Takyah la layan dorang ni. Bukan appreciate pon apa yang kita wat.."

Birunye kami...

Dia pon blah sambil ajak faci2 yang laen. Faci2 yg len pon ikot skali. And lagi kelakar bila ada sorang budak 1st year jugak, cakap:

"weh..takkan korang nak biarkan je dorang pergi? Jom la pujuk dorang weh.."

and yang lain2 pon bangun, dok kejar2 faci yang wat2 nak blah tu..ada yang nanges2 sambil mintak maap..mesti time tu dak2 lain nyumpah2 kitorang sebab wat faci2 tu merajuk..hahaha

Aku ngan Mai?? Kitorang follow je dorang. Amik senior yg paling dekat (means dia tak merajuk jauh2 la..malas kot nak kejar dorang) tapi sampai kat depan senior dok diam je sambil tahan gelak tengok dorang nanges2 mintak maap. Balik je bilik, mmg terhambur la gelak kan.. Drama sungguh kan? Cam bangang pon ye gak~

Esoknye (time tu orentaik tak abes lagi), aku balik sebab nak jenguk mak aku. Time nak balik ayah aku mintak kebenaran kat abg tu. Muka abg tu berubah gila bila ayah aku cakap nak amik aku balik awal sebab nak bawak tengok mak aku yang koma. Rasa bersalah lettew da malukan aku..

Malam tu Mai cakap ada sesi mintak maap and abg yang malukan kitorang tu mintak maaf kat Mai. Disebabkan dia tak datang jumpa aku mintak maap, sampai sekarang AKU TAK MAAFKAN DIA!! Nak kata dia tak cam aku, itu mmg penipu sebab setiap kali nampak aku, dia akan pandang pastu wat2 tak nampak *paham tak?* Abg tu amik pengajian Islam. So mesti dia tau--> kalo buat salah dengan orang, selagi org tu tak maafkan, kira tak setel kan? kan? kan?


p/s: Kwn aku cakap drama tu memang sesi wajib kat kolej aku ni..haktuihh!!!

p/s/s: Alhamdulillah tak lama lepas tu, mak aku da fully recover~

Thursday, April 28, 2011

Fenomena lelaki datang bulan

Assalamualaikum uolls~

Whoaa..best gile arini. Tengahari makan cendol ngan laksa mabelesss redup rimba *yeke nama dia tu?* pastu terus gi main boling untuk kesekian kalinya..First time main boling kat Warta Bangi. Sekarang ni da bukan warta da tapi GIANT! hehe..Nampak cikai je boling ni tapi lane dia berkilat tuu..Aku gi ngan ira, as and qila.


Nak dijadikan cerita, sebelah kitorang ada 2 orang abang. Sorang kurus, sorang gemuk. Sorang pakai topi, sorang baju merah <--- untuk mengelak diskriminasi. Tempat tu air-cond dia ciput sangat. Tapi kipas besar *yang slalu wat kipas satay tu* ada disediakan. Malangnya kipas tu dihadapkan kat lane sebelah je..(lane abang2 tu).



Baru je duduk tengah nak pakai kasut, ada BAU sesuatu. Disebabkan tak tahan yang teramat sangat, kitorang pon pakat tutup idong ramai2 sambil main boling tu..Mungkin disebabkan oksigen yang terlampau kurang, kawan aku, As (sambil tutup idung) pergi la pusingkan kipas besar tu ke arah kitorang sket untuk menghapuskan segala bau tu kan..*paham ke apa yang aku cite ni?*

Tup2 abang gemuk baju merah tu mengamuk sambil pusingkan balik kipas tu ke arah dorang. Antara ayat dia yang aku sempat tangkap

AG: Ko kuang aja ngan aku kan? Kuang aja eh? Pergi main kat sebelah sana!!

As: Saya nak alihkan kipas ni sebab saya tak tahan BAU rokok..Bukan bau abang..Abang da salah paham ni..bukan bau abang..bukan bau abang..*sampai 3 kali ulang okeh!!* Saya minta maaf..

AG: Ko pergi sana..kang ko kena ngan aku kang!!!



Fuhyohhhh...sape yang kuang aja skang ni? Dia ingat kitorang dok tutup idong sebab tak tahan bau dia kot..haha


Tak lama pastu dia terus suruh kawan dia gantikan dia main boling pastu terus menghilangkan diri. Merajuk atau malu? Kitorang syak dia ada sejarah pasal bau badan kot..Maybe dulu badan dia busuk sampai awek mintak clash ke, kena ejek ke..sebab tu yang cepat je sentap kan..adeh, bang, sorry la ye. Kitorang dok tutup2 hidung sebab tak tahan bau rokok..aku pon tak paham macam mana dalam tempat air-cond dibenarkan merokok. Separuh mati kitorang tahan nafas tadi..huhu

moral of the story: 
1) Merokok membahayakan kesihatan
2) Asap rokok memang mampu membunuh
3)Lelaki juga datang bulan eh (emo terlebih)


Tutorial: Iklan churp2 bergerak

1st time wat tutorial ni..nebes plak rasenye~MySpaceEntry ni dibuat khas untuk kosmet aku: Miss Barbie..

Nampak tak iklan churp2 aku tu bergolek-golek kat bawah header tu? Nak tau cenggana nak buat dia?Ha..senang je..[da tau nak berlagak plak!]

Firstly, cam bese kat dashboard klik design > page element > add a gadjet > HTML/Java script

Pastu copy je code ni:


<marquee onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();" scrolldelay="0" behavior="scroll" direction="left"><a href="http://www.churpchurp.com/nurullalala/share/digi-iphone4" target="_blank"><img src="http://www.churpchurp.com/buzz/img/962/2001.jpg" width="120" height="120" /></a></marquee>

* code yang warna merah tu, korang replace dengan code churp2 korang
* code biru letak image url iklan churp2 tu



Tips ni aku tak berapa nak ingat kat mana aku amik dulu..Thanks pada sesiapa yang berkenaan. MySpaceKalo rasa tips ni korang yang bagi, letak link korang kat ruangan komen ye..

Butter GOLDEN CHURN haram??????????

Assalamualaikum uolls~


Baru je lepas lunch. Alhamdulillah..kenyang! Tadi kat fb tetibe ternampak orang dok share benda ni:




Tau tak golden churn tu yang mana satu???


Yang ni la...

Tak sangka kan? Patot la sedap je..butter ni selalu jugak digunakan dalam kek2. Mahal tau butter ni sebab aku penah beli. Nak buat kek lapis Sarawak. Ok, aku tipu. Abang ipar aku yang beli sebab nak wat kek Sarawak..hehe 
Yang penting memang sedap la..lemak berkrim disukai ramai..tak sangka plak ada..

Opps..terletak plak~ takpe, takyah samak pon..


So, please alert ye uolls~
p/s: info kredit to Nurul 'Uyun Ahmad

Kalau ada RM100 sekarang.. | Cabaran minggu 1

Assalamualaikum uolls..

Berdasarkan entry aku semalam, aku dok kecoh takde idea nak tulis entry kan? kan? So Faziera telah memberi idea bernas untuk aku join Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis. Ha..menarik kan? kan? kan?

Ok, cabaran minggu ni ialah --> Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan..



Ha..apa yang aku akan buat kalo aku ada RM100 sekarang eh?MySpaceMaybe aku akan belanja kawan2 aku makan kot..Ye la, da final year la katakan. So, mestilah nak enjoy and save the moment *btol ka ayat aku ni..


Ataupon aku nak belanja family aku..hehe
Aku ni bab2 makan jela yang terlintas dulu kat kepala ni kan..
Benda lain susah sikit. Tapi kalo nak belanja family, maybe tunggu keje la..nak belanja dorang tempat up sket..baru best..tak gitu?


Kalo korang, korang nak buat apa kalo ada RM100 sekarang?
Boleh komen, boleh gak kalo nak masuk cabaran ni..klik kat sini
Aku tag sume untuk join cabaran ni ye...

Wednesday, April 27, 2011

blog vs exam

Assalamualaikum uolls~



Finally aku da abis exam..jenuh nak nunggu. Bukannye banyak pon paper sem ni..3 ketul je.hehe..Semalam pas exam, bese la..snap2 pic sat. Final year la katakan..Seronoknya tak yah cakap la kan walaupon time exam tu jawap cam haremm~


Dulu time exam week, idea nak update blog mencurah2 sampai kena tahan..ye la, kenalah fokus and concentrate on study kononnya. Tup2 bla da bis exam, idea hilang cam ape tah..jenuh aku pikir pe nak type ni. adeh.

And now aku still pikir pe yang aku nak type..grrr

Ada sesapa leh bagi idea?

Tuesday, April 26, 2011

Suatu hari ketika sedang study...

Assalamualaikum uolls~

Esok aku da last paper exam. Exam terakhir aku kat U ni..hehe Bahagianya toksah cakap la kan..even tak abes lagi pon da terbayang-bayangkan keseronokannya..kih kih kih

banyak tak cover lagi ni..

Ok, enough bout the intro..now lets get back to the main point [ececeh..feeling Maria Elena jap] so for the whole day mestilah aku menumpukan sepenuh perhatian berfacebook, blogwalking, komen mengomen entry orang, melepak kat SB study kan..killer subject gak la..killer sebab aku tak penah nak dengar pe yang lecturer tu ajo..heee [salah sendiri gak kan]


Nasib baik tak sampai tahap camni

So tengah2 aku study tu, tetiba je dilanda kebosanan. So apa yang aku buat???







SILA JANGAN TAKUT



















Peace man~



1st time pakai mask..huhu


p/s: Wish me luck. Okbai

Thursday, April 21, 2011

Cinta berukku~

Assalamualaikum uolls~


Pagi2 camni kena kopi secawan best gak kan? Tak pon milo ke..teh ke..pape je la. Tambah plak ngan roti canai ke, nasi lemak sambal sotong ke..perghhhh

Ok, enough bout the intro. Ari ni aku nak cerita pasal cinta monyet aku zaman hingusan dulu. Budak first yang aku minat nama nye Amy (bukan nama sebenar). Dia ketua darjah aku time darjah 1. Kecik2 da gatal kan? Apa nak buat...hormon derr...MySpaceAku suka dia sebab dia smart. Pergi skola, baju cntik je. Takde kedut2. Baju dia putih bersih. Tak comot cam budak laki yang lain. Kecik2 lagi da pandai memilih..hehehe
Aku admire kat dia sampai aku darjah tiga.



Pastu masuk darjah enam, aku pon da makin tinggi. Si Amy ni lambat pulak tumbesaran dia. Dia maintain ketot macam darjah 1 tu. Aiseh...terus aku beralih arah. Suka kat MHI plak.Aku dengan MHI ni satu kelas time darjah 6. Rapat gak dengan dia sebab duduk dekat2. Aku suka dia sebab dia tinggi. Hahahaha..tapi bukan tu je. Masa tu da matang sket so aku suka sebab criteria yang lain. Dia ni baik orangnye (ececeh...), suka tolong orang, merendah diri, pandai, baik budi, sopan santun and yang paling penting, solat dia tak tinggal. MySpaceHa..matang tak aku time tu? Ciri2 lelaki idaman da TERdevelop since darjah 6 lagi kan? Ke sebab gatal? Budak ni paling lama aku admire. Even sampai sekarang pon kadang2 aku still teringat kat dia. Setia tak aku? Ke bodoh? Syok sendiri sorang..hahahaMySpace


Budak2 yang aku minat ni semuanya aku pendam2 kan je. Takde maknanya aku nak pergi luahkan. Nak kena lempang? haha..sekarang aku da lost contact da dengan budak berdua ni. And sampai sekarang aku tak jumpa lagi budak yang sama macam MHI tu. Harap2 dia baik2 sayang je sekarang ni. Aku pon da takde la feeling setengah mati kat dia cam darjah 6 tu dulu. *ayat coverline*Cuma sekarang ni aku teringatkan dia sebab aku tak pernah jumpa lelaki sebaik dia lagi. Mungkin belum masanya kot..and rasanya dia lah first love aku..MySpacehahahaha hak tuih~
MySpace*sila muntah*




Ok, nak cerita tu je..okbai..^^




p/s: aku exam jap lagi..wish me luck


p/s/s: first love korang cane?

Wednesday, April 20, 2011

Ari ni gua garang..

Assalamulaikum..

Garang-garang pon, salam tetap kena bagi. Wajib tu...kalo tak jawab dosa, kalo jawab sayang..hehehe
Eh, lupa plak. Arini gua garang! Mana boleh letak word-->hehehe...
Bila garang da tak leh cakap aku-aku da..mesti gua-gua..baru garang! Btol tak? Pasal pe gua garang? Sebab gua stress.MySpace Pehal gua stress?? Lets cekedaout~





1) Tak cukup tido. 
Gua tido sejam je. Dari kul 8am sampai 9am. Ada orang tak tido 36 jam? Gua peduli hape? Selalu gua tido 28 jam, so bila tak cukup, mestilah gua stress!

*tetibe rasa tak best nak pakai gua-gua..aku-aku pon nampak garang gak kan? kan?*

2) Baju same cam bas.
Time on the way nak gi meeting, aku pakai baju itam ade line kuning, then tetiba lalu bas yang SEBIJIK kaler and design cam baju aku. Apa lagi..mestilah rasa terhina!! Cis..berani bas tu cat sama kaler cam baju aku..Stress lagi~

3) Bekpes abis.
Before jumpa Pn Z singgah dulu kedai makcik KESKA [sumpah aku tak tau pe maksud keska tu]. Nasi lemak makcik tu memang menjadi igauan aku. Sekali pekena, perghhh...feel dia macam ko sedut rokok then hembus sambil buat bentuk 'O'. Cool kan? [tapi tu kawan aku la yg cakap. Sumpah aku tak merokok~] Tup2 aku gi, da abis plak..da la lapar tahap petala ke lapan! Stress lagi~

4) Meeting with Pn Z
Orang sume da setel anta tesis, aku baru terhegeh-hegeh amik draf yang da dibetulkan oleh sv aku. And as expected, memang banyak gila nak mati yang kena diperbetulkan. 


stress mak tau~
Then, ada data yang aku letak tu macam tak reliable and huraian data aku cam tak berapa nak bernas. Nasib baik Pn Z tak murka. But the interesting part is--> AKU KENA EXTEND..hahaha interesting tak? interesting tak? seronok kan? kan? kan? [baca dengan nada seorang psiko~] 


hadoi..makin pitam mak, nyah~


Sedikit drama air mata berlaku ketika itu..MySpacenaseb baek Pn Z da prepare tisu siap2..MySpacecett..tercabar keperempuanan aku..[moteeeep??] Alasan yang diberikan: supaya aku boleh concentrate dengan exam. So that after exam, aku boleh concentrate on thesis writing. Ok, aku terima seadanya..memang aku da tak boleh nak fokus kalo nak writing thesis and exam in the same time..So, terima je la dengan hati yang terbuka dan terluka..huhuhu Lagipon bukannya extend sampai satu sem..extend sebulan je~[ayat memujuk]


Tu sume tak termasuk mamat yang pandang slek time aku amik nasi satu polistren penuh, kakak cashier yang cas nasik aku mahal and abang kafe yang buat air tak sedap!

So disebabkn rasa bengang dan stress yang melampau, memang aku garang arini! Sampai orang senyum kat aku pon aku rasa nak tamp0r je dia!!!



p/s: jangan senyum kat aku dalam masa 24 jam dari sekarang!


p/s/s: ada orang nak bagi kata-kata semangat kat aku tak??



Tuesday, April 19, 2011

anak kite tengah tido ni..

Assalamualaikum uolls~ 


Hopefully sumenye sehat2 belaka..sape yang pergi job fair kat Mid Valley last week? Da dapat keje da? Well, aku pon pergi gak last week. Tapi rasanya tak best coz tak berapa banyak peluang kerja untuk bidang aku kat sana. Banyak untuk budak2 marketing, sales, bla..bla..bla..

Pas gi mid aku trus balik kolej. Kononnya sebab nak submit tesis la kan..Aku balik nek tren. Time tu around 9 lebih. Da dekat nak kul 10pm. Naseb baek da tak ramai org dalam tren. Risau gak kalo2 penuh and kena berdiri sepanjang perjalanan kan..

Well, time tu aku dok kat coach tengah. Biasalah kan..

"koc tengah adalah untuk wanita sahaja. sepanjang masa"

So yang ada time tu aku, makcik2, kakak2 dan 2orang budak kecil. Budak2 ni bising sangat. Dok main kejar2 la..jerit2 la..Rasa cam nak tampor pon ade jugak~heeeee
Kakak budak2 ni pon dok terjerit-jerit marahkan dorang. Malangnya, no respond. Mak dorang pon wat donno je. Maybe penat sangat.  Tiba2 budak2 ni dok sebelah aku. Sorang dok baring atas kerusi ni. Aku pon pandang la dorang sambil wat muke penuh keibuan. Then datang sorang lagi budak dok usap2 budak yang baring tu sambil pandang aku and cakap:

"anak kite tengah tido ni..jangan bising..syhhh"


Hahaha..kecik2 lagi da penuh sifat keibuan<--aku fikir.


Motip entry aku?
Just nak cakap, sifat keibuan seorang wanita ni memang lahir sejak kecil lagi. Ce tengok, slalu dak pompuan ni mesti main mak2, main masak2, main kawen2..so itu menunjukkan dorang da ada preparation since kecik lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri and ibu. btol tak?


Berbanding dak laki, ada ke dorang dok main ayah2? Kalo dorang join main mak2 pon stakat pegi kedai beli barang, then tanya: maknye da siap masak? ni anak terberak ni, tolong tukar pempes~ceh..sebab tu la membawak sampai ke tua..tak gitu? haha..rilek2 boys..memang tak sume yang camtu. And sekarang ni pon banyak je kes terbalik.

Pe jadah kes terbalik tu? ala..yang kes hubby dok urus rumah tangga, wifey dok goyang kaki. Banyak dah depan mata aku. Bab anak, laki dia la yang dok bangun malam, tukar pempes, kasi susu [susu tin la eh..tak pon susu yang siap pam]. Pastu bila anak tu lagi rapat ngan ayah berbanding kat maknye, dok nanges2, sentap2....

Pape pon, masing2 ada cara masing2..kalo hubby memang jenis tak kesah, untunglah..tapi yg pompuan tu janganlah amik kesempatan plak kan...Sape2 yang dah berkeluarga tu, uruslah keluarga dengan aman dan tenteram. Semoga jodoh korang kekal ke akhir hayat~peace

motip letak gambar surihani: beliau kan isteri idaman ramai lelaki?

Sunday, April 17, 2011

Benda yang aku tak boleh buat dengan mak aku

Assalamualaikum semua~ sekarang ni aku bizi sangat2 dengan tesis aku. Kalo ikut jadual, kena submit esok (Isnin, 18/4/2011) but thanks to my supervisor..aku dapat anta lewat sket..Cool tak beliau?


Korang ada tak benda2 yang memang korang tak leh wat dengan mak korang? Contohnye shopping ke, tengok wayang ke, gi karok ke..Well, benda yang aku tak boleh buat dengan mak aku ialah MENIPU. Why? coz nanti mesti kantoi punyelah!

Berdasarkan pengalaman aku waktu muda2 dulu..around darjah 4 rasanya. Aku dengan bangganya bagitau mak aku yang aku join team bola baling kat skolah rendah. So, tiap petang  ada latihan lah kan. Aku sekolah agama petang tu. So tiap petang memang aku n geng mintak balik awal dengan ustazah dengan alasan untuk berlatih bola baling. TAPI..sebenarnya aku just join latihan tu sekejap je. Then aku quit. Why? Sebab aku bebal sangat tangkap bola, akak yang ajar kitorang tu asek marah2 aku je so aku tacing, aku quit! hahaha..siyes loser aku time kecik tu (rasanya kalo aku keep on main bola baling, mesti aku slim kan? haha)

*siyes sampai skang pon memang aku fail bab tangkap2 barang ni~

So nak dijadikan cerita, petang tu as usual, aku balik awal dari skolah agama. Kononnya nak pergi training la kan..Tapi, disebabkan aku dah berhenti, aku terus la balik uma. Tido lagi best <-- aku fikir. Mak aku kerja, so takde orang kat uma kecuali nenek aku. Nenek aku plak jenis yang tak angkat port sangat, so kira no hal lah kalo nak balik uma.

Tengah sedap2 tido, tetibe ada orang kejut aku..guess who? MAK aku der..
Mak aku pon dengan wajah bengis dia tanye aku:

"Nape tak gi skolah agama?"
"Tadi gi, then balik awal coz nak gi training"  <---MENIPU
"Abistu nape tak pergi?"
"Hujan"
"Dah tu, skola agama tak pergi, training tak pergi...bla..bla..bla.."


Naseb baeklah time tu memang tengah ujan and cepat je otak aku bagi excuse kan?? Tapi lepas tu memang tak buat dah la..haha SERIK weyh..Mak aku memang pantang sket bab ponteng2 skolah ni. Even time aku demam, kalo dia tengok aku gagah lagi pon dia hambat aku pergi skola tau!! But thanks to her, kalo dia tak buat camtu rasanya takde la aku blaja sampai u ni kan..mekaseh mak~

Bukan bab menipu je, even kalo aku hang out ngan kawan2 ke pe, tak bagitau dia, tetibe je dia call. Kantoi la kan aku kua malam? haha..tapi mak aku cool je~ she ask because she care..kan?kan? Memang aku jenis yang akan update kat mana aku keluar dengan parents aku. Why? coz it's my responsibility i guess..nak kata aku lame? anak mak? manja? I DONT CARE at all..lebih baik bagitau parents apa yang kita buat, kita kat mana dari asik update kat boifren je kan?? kalo BF tu, sibuk update sampai nak gi berak pon kena mintak izin..nape ngan mak bapak takleh buat camtu?? Fikir-fikirkan..

time snap pic ni mak aku cakap: alahai..bes0rnye la anak mak ni, nak peluk pon tak muat tangan..SENTAP TAK????

Ayah aku~

p/s: love them much..muahhhhMySpace erk..am i homesick???

Wednesday, April 13, 2011

Oh Melayu~

gambar KURANG kaitan dengan entry

Assalamualaikum semua..apa kabar kalian semua?? Hopefully uolls sehat2 belaka ok?! Kali ni topik aku berunsur keagamaan sket..aku nak cakap pasal fenomena Melayu dalam beribadah. Menarik tak? Kontroversi tak? *lempang laju-laju*

Pe jadah fenomena Melayu ni? Ha..salah satu yang aku nak cakap tulis ialah perangai kita yang suka melemahkan semangat orang lain  atau orang muda2 cakap 'lu potong stim la derr' [btol ka contoh aku ni?]..ada paham? Especially kalo nak berubah ke arah yang lebih baik.


Ok, tak paham? MySpaceBiar aku kasi contoh *suka lettew*

Kes 1: Solat
Azan SUBUH berkumandang lalu A pergi mengambil wudhu' dan membentangkan sejadah.
B: wallaweh...aku mimpi ke ape ni? tak penah2 ko bangun subuh tetiba je..ko mimpi kiamat ke malam tadi?MySpace

ataupun

B: hai..awal bangun?? *lembut tapi makan dalam*

Pandangan aku:
Well..bagi aku baguslah kalo kawan ko tu tak penah2 bangun subuh, tetiba nak berubah. Tak yah la melemahkan semangat beliau. Cara di atas turut mampu memalukan subjek (A). Cuba encourage kawan ko tu dengan cara ajak dia jemaah sama2 ke..tak pon ajak dia ke masjid/surau ke..bukankah lebih baik begitu?


Kes 2: Mengaji
Asal bukak je Quran,
B: wow..ustaz ngaji lah. Leh la masuk AQ pasni~

ataupun

B: ko ngaji pon merangkak-rangkak, wat dosa je. Tau tak kalo salah bacaan tu berdosa besar tau x? tau x?

Pandangan aku:
Bukan ke bagus kalo subjek tu terbuka hati untuk mengaji? kenapa mesti diperlekehkan? and bagi kes tak berapa nak lancar mengaji tu cubalah suggestkan pada dia supaya berguru or kalo ko tau sangat, kenapa tak ko je yg ajar dia? Kan bagus camtu? dia dapat pahala, ko pon dapat sama..


Kes 3: Menutup aurat
A: aku nak berubah la..nak pakai tudung.
B: kah kah kah kah *gelak guling-guling*

ataupun

B: ha? nak pakai tudung? tak panas ke? sekarang ni da la global warming~lagipon tak urban la pakai tudung...

Pandangan aku:
Sama seperti pandangan-pandangan lain di atas. Bukan ke lebih baik kalo ko puji atas perubahan yang dia nak lakukan tu? Sepatotnye, ko lagi lah sokong and bantu dia. Contohnya bagi dia tudung or selendang ke, ajak soping tudung sesama ke<-- yang ni aku sokong..ni tak..dok gelak2 kan dia plak *lempang baru tau!*

"We care what people say about how we dress but what Allah says about it is the last thing in our mind. Astaghfirullah.."

Kes 4: Derma/sedekah
A mengeluarkan rm10 dari poket dan memberinya kepada peminta sedekah.

B: Gila banyak ko bagi. Ko tau tak, minta2 sedekah ni semua sindiket je..bukan deme pon yang dapat duit tu..lagipon kaki tangan sume elok, pi la kije. Ni tak, nak cr duit jalan mudah la tu..

Pandangan aku:
Der..rm10 memang nampak banyak kalo bagi kat peminta sedekah or letak dalam tabung masjid. Tapi yang ko sibuk dok tengok wayang, pi karoke sume tu bukan lagi mahal ke der???? Lagipon, kalo betul pon peminta sedekah tu menipu tu urusan dia dengan Allah la kan? kan? Yang penting, NIAT kita memberi sedekah tu kerana Allah~

"Don't feel ashamed when giving little for charity. That is because there is always goodness in giving no matter how little it is"


Kesimpulannya, apapun perubahan yang ingin dilakukan oleh seseorang itu, terutama untuk menjadi yang lebih baik, haruslah disokong sepenuhnya MySpace dan jangan memandang rendah atau mengejek atau menyakat dan sewaktu dengannya. Ustaz aku pernah cakap:

"Bukan semua orang yang dapat hidayah daripada Allah. Jika kamu dapat, maka bersyukurlah.."

So lepas ni, kalo ada antara kawan2, adik beradik or sedara mara korang yang nak berubah tu, sokong dan bimbing lah mereka sepenuhnya..dan kalo ko tergolong dalam subjek yang nak berubah tapi mengalami situasi yang sama macam di atas, SABAR dan TABAH lah kerana untuk membuat kebaikan itu memang banyak cabarannya..termasuklah aku. Aku pernah berada dalam situasi si A dan juga si B. Moga-moga lepas ni aku akan terus jadi macam si A yang ingin berubah dan bukan lagi si B yang kaki ngutuk..amin...MySpace

INGAT:

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mencari-cari kesalahan saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsianya pula.” (HR Baihaqi dan Ahmad).








p/s: renung-renungkan..dan semoga kalian semua turut mendapat hidayah dari Allah untuk berubah~
Related Posts with Thumbnails