-G.E.N.G-

Thursday, April 21, 2011

Cinta berukku~

Assalamualaikum uolls~


Pagi2 camni kena kopi secawan best gak kan? Tak pon milo ke..teh ke..pape je la. Tambah plak ngan roti canai ke, nasi lemak sambal sotong ke..perghhhh

Ok, enough bout the intro. Ari ni aku nak cerita pasal cinta monyet aku zaman hingusan dulu. Budak first yang aku minat nama nye Amy (bukan nama sebenar). Dia ketua darjah aku time darjah 1. Kecik2 da gatal kan? Apa nak buat...hormon derr...MySpaceAku suka dia sebab dia smart. Pergi skola, baju cntik je. Takde kedut2. Baju dia putih bersih. Tak comot cam budak laki yang lain. Kecik2 lagi da pandai memilih..hehehe
Aku admire kat dia sampai aku darjah tiga.



Pastu masuk darjah enam, aku pon da makin tinggi. Si Amy ni lambat pulak tumbesaran dia. Dia maintain ketot macam darjah 1 tu. Aiseh...terus aku beralih arah. Suka kat MHI plak.Aku dengan MHI ni satu kelas time darjah 6. Rapat gak dengan dia sebab duduk dekat2. Aku suka dia sebab dia tinggi. Hahahaha..tapi bukan tu je. Masa tu da matang sket so aku suka sebab criteria yang lain. Dia ni baik orangnye (ececeh...), suka tolong orang, merendah diri, pandai, baik budi, sopan santun and yang paling penting, solat dia tak tinggal. MySpaceHa..matang tak aku time tu? Ciri2 lelaki idaman da TERdevelop since darjah 6 lagi kan? Ke sebab gatal? Budak ni paling lama aku admire. Even sampai sekarang pon kadang2 aku still teringat kat dia. Setia tak aku? Ke bodoh? Syok sendiri sorang..hahahaMySpace


Budak2 yang aku minat ni semuanya aku pendam2 kan je. Takde maknanya aku nak pergi luahkan. Nak kena lempang? haha..sekarang aku da lost contact da dengan budak berdua ni. And sampai sekarang aku tak jumpa lagi budak yang sama macam MHI tu. Harap2 dia baik2 sayang je sekarang ni. Aku pon da takde la feeling setengah mati kat dia cam darjah 6 tu dulu. *ayat coverline*Cuma sekarang ni aku teringatkan dia sebab aku tak pernah jumpa lelaki sebaik dia lagi. Mungkin belum masanya kot..and rasanya dia lah first love aku..MySpacehahahaha hak tuih~
MySpace*sila muntah*




Ok, nak cerita tu je..okbai..^^




p/s: aku exam jap lagi..wish me luck


p/s/s: first love korang cane?

6 comments:

MiSzy DiaN said...

amboi~ sempat lagi ar sebelum nak exam terkenangkan cinta monyet.. hehe..

btw, gud luck dear :)

nabilazhar said...

erkkk cinta beruk kat samura xnak tulis ke???kehkehkeh :P

nurul lalala said...

miszy dian: sumber onspirsi tuuu...hehe
thanks...^_^

bell: kat samura tu bukan cinta~ hahahaaha

MiSzy DiaN said...

grrrr~ lmbt loading lak blog ni.. hehe..

SEO tu? dian pn nda taw apa tu SEO.. hehe main tulis jak entry mcm tu.. nda arif sgt sal SEO nie..

NuReLLe said...

melampauuuu...darjah 1 dah minat kt lelaki..................................haha..:D

nurul lalala said...

miszy dian: lambat ke? agagaga..

nurelle: hihihihi *blushing2*

Related Posts with Thumbnails