-G.E.N.G-

Friday, April 29, 2011

Kenangan Tahun 1

Assalamualaikum uolls~




Sempena aku dah nak abis study ni, aku nak share la kenangan2 aku sepanjang berada kat U ni kan..Benda paling sinonim dengan 1st year ape ke lagi kan? Mestilah ORIENTAIK ORIENTASI!! Sape yang kata orentaik ni best memang nak kena lemp0r ngan aku *fuyohh..garang* and to make it worse, time tu mak aku tengah koma kat spital sebab demam denggi. Ye..koma sebab denggi. Bukan denggi berdarah ye uolls..denggi biasa je! *3 aku kali ulang, kalo tanya lagi mmg nak kena lempor*


Time orentaik tu la aku kenal Mai..dia rumet aku. Pada suatu hari ketika dalam minggu orentaik, aku ngan mai TERbangun lambat aritu. Bangun2 je, ari da cerah..aku time tu da nekad takmo turun da. Lepak jela kat bilik kan? kan? Tapi Mai nak gi jugak. Skema kan Mai? *mai datang! larikkkkk...* So bila turun bawah, ape lagi..mestilah kena bahan kan?

Ni la Mai..

Kitorang gi la jumpe sorang abang tu. Cakap MINTAK MAAP pe sume. Dia pe lagi..dok torcher (tak reti eja woo..) la kitorang. So the best part is, seperti yang kitorang jangka, malam tu nama kitorang dipanggil. Depan sume dak 1st year okeh! Dia soh kitorang berdiri. 


"Ha..ni la budak berdua ni. Bangun lambat pagi tadi! Dah la bangun lambat, pastu jumpa saya wat muke sardin je..TAK MINTAK MAAP pon! "


Ok..sentap tak? 1st thing yang kitorang cakap time jumpa dia is MINTAK MAAP BANGUN LAMBAT!! Pastu boleh plak dia cakap kitorang tak apologize kan? Pekak ke ape? Fitnah tau! Tak cukup jadikan kitorang bahan, dia dok bambu budak2 yang tak pakai baju kaler biru (biru is kaler wajib baju untuk pompuan time orentaik). Suruh dorang berdiri jugak~Pastu paling kelakar tetibe wat drama:

"Kalo camni la perangai korang, lantak la korang nak jadi ape pon. Kitorang yg senior ni penat2 pikir pasal korang. Nak tolong korang. Tapi korang buat camni. Dah la..jom la sume kita blah. Takyah la layan dorang ni. Bukan appreciate pon apa yang kita wat.."

Birunye kami...

Dia pon blah sambil ajak faci2 yang laen. Faci2 yg len pon ikot skali. And lagi kelakar bila ada sorang budak 1st year jugak, cakap:

"weh..takkan korang nak biarkan je dorang pergi? Jom la pujuk dorang weh.."

and yang lain2 pon bangun, dok kejar2 faci yang wat2 nak blah tu..ada yang nanges2 sambil mintak maap..mesti time tu dak2 lain nyumpah2 kitorang sebab wat faci2 tu merajuk..hahaha

Aku ngan Mai?? Kitorang follow je dorang. Amik senior yg paling dekat (means dia tak merajuk jauh2 la..malas kot nak kejar dorang) tapi sampai kat depan senior dok diam je sambil tahan gelak tengok dorang nanges2 mintak maap. Balik je bilik, mmg terhambur la gelak kan.. Drama sungguh kan? Cam bangang pon ye gak~

Esoknye (time tu orentaik tak abes lagi), aku balik sebab nak jenguk mak aku. Time nak balik ayah aku mintak kebenaran kat abg tu. Muka abg tu berubah gila bila ayah aku cakap nak amik aku balik awal sebab nak bawak tengok mak aku yang koma. Rasa bersalah lettew da malukan aku..

Malam tu Mai cakap ada sesi mintak maap and abg yang malukan kitorang tu mintak maaf kat Mai. Disebabkan dia tak datang jumpa aku mintak maap, sampai sekarang AKU TAK MAAFKAN DIA!! Nak kata dia tak cam aku, itu mmg penipu sebab setiap kali nampak aku, dia akan pandang pastu wat2 tak nampak *paham tak?* Abg tu amik pengajian Islam. So mesti dia tau--> kalo buat salah dengan orang, selagi org tu tak maafkan, kira tak setel kan? kan? kan?


p/s: Kwn aku cakap drama tu memang sesi wajib kat kolej aku ni..haktuihh!!!

p/s/s: Alhamdulillah tak lama lepas tu, mak aku da fully recover~

3 comments:

nabila saat said...

pend islam..hmmmm
rasa mcm tahu jek sapa..ngeh2x

Aliff Lazim said...

Haha. Time tu aku tak kenal kau lagi. Tapi Mai memang aku dah kenal. Mula-mula aku ingat tu bukan drama (pandai diorang berlakon. Ceh!). Haha. Tapi aku tak pegi pun mintak maap rasanya sebab time tu aku pikir kalau diorang merajuk lagi bagus, orientasi kolej kita stuck.. Boleh lepak kat bilik je. Kekeke..

P/s 1 : Aku rasa aku ingat lagi siapa manusia yg cakap "weh..takkan korang nak biarkan je dorang pergi? Jom la pujuk dorang weh.." tu.

P/s 2 : Abang PC FPI tu pun aku boleh agak siapa. Dah ingat-ingat lupa dah actually zaman gelap time 1st year dulu.. Hehe

nurul lalala said...

bie: bila pikir2 balik, abg faci tu bukan dak fpi..agagaga


aliff: sape yg soh mintak maap tu? ko ke? hihihi

Related Posts with Thumbnails