-G.E.N.G-

Wednesday, April 13, 2011

Oh Melayu~

gambar KURANG kaitan dengan entry

Assalamualaikum semua..apa kabar kalian semua?? Hopefully uolls sehat2 belaka ok?! Kali ni topik aku berunsur keagamaan sket..aku nak cakap pasal fenomena Melayu dalam beribadah. Menarik tak? Kontroversi tak? *lempang laju-laju*

Pe jadah fenomena Melayu ni? Ha..salah satu yang aku nak cakap tulis ialah perangai kita yang suka melemahkan semangat orang lain  atau orang muda2 cakap 'lu potong stim la derr' [btol ka contoh aku ni?]..ada paham? Especially kalo nak berubah ke arah yang lebih baik.


Ok, tak paham? MySpaceBiar aku kasi contoh *suka lettew*

Kes 1: Solat
Azan SUBUH berkumandang lalu A pergi mengambil wudhu' dan membentangkan sejadah.
B: wallaweh...aku mimpi ke ape ni? tak penah2 ko bangun subuh tetiba je..ko mimpi kiamat ke malam tadi?MySpace

ataupun

B: hai..awal bangun?? *lembut tapi makan dalam*

Pandangan aku:
Well..bagi aku baguslah kalo kawan ko tu tak penah2 bangun subuh, tetiba nak berubah. Tak yah la melemahkan semangat beliau. Cara di atas turut mampu memalukan subjek (A). Cuba encourage kawan ko tu dengan cara ajak dia jemaah sama2 ke..tak pon ajak dia ke masjid/surau ke..bukankah lebih baik begitu?


Kes 2: Mengaji
Asal bukak je Quran,
B: wow..ustaz ngaji lah. Leh la masuk AQ pasni~

ataupun

B: ko ngaji pon merangkak-rangkak, wat dosa je. Tau tak kalo salah bacaan tu berdosa besar tau x? tau x?

Pandangan aku:
Bukan ke bagus kalo subjek tu terbuka hati untuk mengaji? kenapa mesti diperlekehkan? and bagi kes tak berapa nak lancar mengaji tu cubalah suggestkan pada dia supaya berguru or kalo ko tau sangat, kenapa tak ko je yg ajar dia? Kan bagus camtu? dia dapat pahala, ko pon dapat sama..


Kes 3: Menutup aurat
A: aku nak berubah la..nak pakai tudung.
B: kah kah kah kah *gelak guling-guling*

ataupun

B: ha? nak pakai tudung? tak panas ke? sekarang ni da la global warming~lagipon tak urban la pakai tudung...

Pandangan aku:
Sama seperti pandangan-pandangan lain di atas. Bukan ke lebih baik kalo ko puji atas perubahan yang dia nak lakukan tu? Sepatotnye, ko lagi lah sokong and bantu dia. Contohnya bagi dia tudung or selendang ke, ajak soping tudung sesama ke<-- yang ni aku sokong..ni tak..dok gelak2 kan dia plak *lempang baru tau!*

"We care what people say about how we dress but what Allah says about it is the last thing in our mind. Astaghfirullah.."

Kes 4: Derma/sedekah
A mengeluarkan rm10 dari poket dan memberinya kepada peminta sedekah.

B: Gila banyak ko bagi. Ko tau tak, minta2 sedekah ni semua sindiket je..bukan deme pon yang dapat duit tu..lagipon kaki tangan sume elok, pi la kije. Ni tak, nak cr duit jalan mudah la tu..

Pandangan aku:
Der..rm10 memang nampak banyak kalo bagi kat peminta sedekah or letak dalam tabung masjid. Tapi yang ko sibuk dok tengok wayang, pi karoke sume tu bukan lagi mahal ke der???? Lagipon, kalo betul pon peminta sedekah tu menipu tu urusan dia dengan Allah la kan? kan? Yang penting, NIAT kita memberi sedekah tu kerana Allah~

"Don't feel ashamed when giving little for charity. That is because there is always goodness in giving no matter how little it is"


Kesimpulannya, apapun perubahan yang ingin dilakukan oleh seseorang itu, terutama untuk menjadi yang lebih baik, haruslah disokong sepenuhnya MySpace dan jangan memandang rendah atau mengejek atau menyakat dan sewaktu dengannya. Ustaz aku pernah cakap:

"Bukan semua orang yang dapat hidayah daripada Allah. Jika kamu dapat, maka bersyukurlah.."

So lepas ni, kalo ada antara kawan2, adik beradik or sedara mara korang yang nak berubah tu, sokong dan bimbing lah mereka sepenuhnya..dan kalo ko tergolong dalam subjek yang nak berubah tapi mengalami situasi yang sama macam di atas, SABAR dan TABAH lah kerana untuk membuat kebaikan itu memang banyak cabarannya..termasuklah aku. Aku pernah berada dalam situasi si A dan juga si B. Moga-moga lepas ni aku akan terus jadi macam si A yang ingin berubah dan bukan lagi si B yang kaki ngutuk..amin...MySpace

INGAT:

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mencari-cari kesalahan saudaranya, nescaya Allah akan membuka rahsianya pula.” (HR Baihaqi dan Ahmad).








p/s: renung-renungkan..dan semoga kalian semua turut mendapat hidayah dari Allah untuk berubah~

10 comments:

M.H.M.Z said...

Like :)

NURSYAZWANI ZAINAL said...

like this (^^,)

NuReLLe said...

kita kne lah saling menyokong antara satu sama lain..lebih2 lg benda baik...:)

nurul lalala said...

MHMZ: mekaseh..

wani: =D

nurelle: sy sokong!!!!

CikTomyam said...

tulah..kami punya latest entry pun pasai orng Melayu gak..tp bangga menjadi org Melayu..

jom terjah..

http://akusukatomyampedas.blogspot.com/2011/04/melayu-orang-pertama-mengelilingi-dunia.html

nurul lalala said...

cik tomyam: da baca da..bangga tol tp xde org pon yg nak hebohkan? kan?

xazryx said...

susah la org melayu nih .nk buat ibadat ke ,nk tobat ke ,da pelik .zz .

cayrol said...

rasanya bukan org melayu jer...
semua org pun mengalami keadaan yg sama...
sebenarnya mereka yg mengata tue jelous nga perubahan so dia mengutuk la keje dia...
ape2 pun sabar adelah senjata paling kuat utk org beriman...

Buat duit dengan Facebook!!! betul ke atau omong-omong?

kaizen said...

mmg melayu ni suke tgk bangse dia dok takat tu jer.. kalau org buat baik sikit dr dia mmg nk kondem je la kejenyer....

nurul lalala said...

tu le pasal..hehe

Related Posts with Thumbnails