-G.E.N.G-

Wednesday, May 25, 2011

#1 WORDLESS WEDNESDAY | Blog Cik Lala


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com -->  Andyhowtt.com ; EmantheHalia; Aslann::one step forward

Hipokrit atau jaga hati??

Assalamualaikum uolls~





Lama nya tak update blog. Bizi! Alhamdulillah at last siap gak tesis and viva aku..hehe
Sekarang tunggu final edit and jilid je. Best!


Pernah tak korang hadapi situasi ni:

Situasi 1
Rumet korang: Aku tak suke btol la orang yang suka pasang lagu kuat2. Macam dia sorang ada radio! 

Korang: Err..aku pon selalu pasang radio kuat2 dalam bilik. Sorry la kalo ko tak suke.

Rumet korang: Eh..ko takpe. Lagu ko sedap2..aku pon suke dengar..


Situasi 2
Kawan korang (perut buncit, banyak spare tyre):  Ok tak aku pakai baju ni? Nampak sangat ke perut aku buncit?

Korang: Eh..takde lah..ok je. Nampak slim..Cantik..Suwitttt!!


Situasi 3
Kawan korang (berpeluh-peluh, bau ashemm): Panasnye..peluh2 aku. Ada bau tak? (sambil angkat ketiak dan hala ke muka korang)

Korang (sambil tahan nafas): Err..takde pon. Bau deodoran jaah!


Perghhhh....pernah tak? pernah tak? What do you say? Hipokrit atau nak menjaga hati kawan sebab tak nak hubungan tu retak? 





p/s: rasa cam nak tengok wayang tapi bajet takde. Sape nak sponsor?MySpace

Thursday, May 19, 2011

Pemilik Blog Telordibasuh (Abdul Hakim) meninggal..al-Fatihah

Assalamualaikum uolls~




Berita yang sangat menggemparkan. Tadi baru dapat tau dari blog affanruslan.com.  Pemilik blog telordibasuh telah meninggal dunia tadi [tak sure pukul berapa]. Arwah pergi kerana jangkitan paru-paru. Sedih. Terasa kehilangannya. Mana taknya, blog arwah adalah antara feveret blog aku kot..klako! Patutla dah lama tak nampak arwah update blog.


Pesanan abang arwah:


Andai arwah ada melakukan kesilapn sepanjang hayatnya, saya selaku abgnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpt hutang yg belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dgn menghantar msj ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)


Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman, diringankan seksa kubur dan dipermudahkan hidup di akhirat kelak..Amin




Al-Fatihah buat arwah..

Review filem: NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum uolls~

Leganya hati bila da siap tesis. Semalam hantar, hari ni terus ber-ronggeng..hehe
Kawan aku nak sangat tengok Nur Kasih *padahal diri sendiri pon teringin nak tengok*. Nasib baik aku memang ikut gak cerita ni dulu.


Bagi aku, filem ni not so bad. Sedih memang sedih lah kan. Kalo sape kaki leleh macam aku, elok lah bawak tisu  banyak2. Brader sebelah aku pon dok kesat2 mata, so kira menjadi la kesan sedih dia kan. Tapi nak ikut content, takde pape pon kot. 

Cerita bermula bila isteri Aidil meninggal..then masuk kisah Nur dan Adam. Pastu kisah dorang pergi bercuti ke Jordan. Ada lah konflik sikit kat situ. Konflik dia lebih kurang macam dalam drama gak. Itu yang buat slek aku rasa.

One more thing, ada kesan CGI dalam filem ni. Ha..hebat tak? Tapi tak yah lah aku nak describe macam mana mutu CGI dia kan..wat2 tak nampak sudehh..

Cerita ni banyak gak pengajaran yang aku dapat:

1. Redha dengan ketentuan yang ditetapkan Allah
2. Setiap yang terjadi pada kita, ada hikmahnya
3. Layang-layang boleh membunuh<----moteeeeppp???[tengoklah sendiri]


Aku bagi 4/5 kot. Aku suka sebab dia pasal realiti kehidupan..


p/s: Agungnya cinta Nur dan Adam ibarat cinta Shah Jahan pada Mumtaz~bila agaknya aku nak jumpa cinta macam tu??MySpace

Mood: Down

If the heart is always searching,
Can you ever find a home?
I've been looking for that someone,
I'll never make it on my own
Dreams can't take the place of loving you,
There's gotta be a million reasons why it's true.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.

How long will I be waiting
To be with you again?
Gonna tell you that I love you,
In the best way that I can.
I can't take a day without you here,
You're the light that makes my darkness disappear.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.

More and more I start to realize,
I can reach my tomorrow,
I can hold my head up high,
And it's all because you're by my side.

When you look me in the eyes,
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When I hold you in my arms,
I know that it's forever.
I just gotta let you know,
I never wanna let you go.

When you look me in the eyes.
And tell me that you love me.
Everything's alright,
When you're right here by my side.
When you look me in the eyes,
I catch a glimpse of heaven.
I find my paradise,
When you look me in the eyes.



p/s: aku bizi..

Monday, May 16, 2011

Bermain mata dengan Imam Muda

Assalamualaikum uolls~

Macam mana weekend korang semua? Best tak? Weekend aku ada yang best, ada gak yang tak best. Mula-mula nak story yang tak best dulu. Macam biasa..benda yang selalu buat aku nak pecah otak---> THESIS aku la kan.. dah hantar draf kali ke 5. Tak tau la berapa banyak lagi correction yang aku kena buat. Adeh. Aku ni dah macam Kak Limah dah *tetibe*


TAPI,

weekend aku jadi SANGATTTTTT bermakna semalam. Kenapa? *sila baca tajuk*

Tau tak pe jadah Imam Muda (IM) ni? Ha..tu la. Dok sibuk ngan Akademi  Fantasia la, Maharaja Lawak la..bab-bab rancangan ilmiah ni, sorang pon tak tau *berlagak seketika*. Sedikit info tentang IM ni: klik sini

Semalam, sepupu aku buat kenduri cukur jambul. Suami beliau tu salah seorang mursyid IM ni. So jemputlah abang2 IM ni datang. Tau tak sape peberet IM aku?





Beliau la..NAZRUL IZWAN
Umur: 26 tahun.
Pekerjaan: Guru Besar

Dah cop awal-awal da. So beware girls...haha
Salah satu sebab aku minat dia adalah sebab dia suka budak-budak. Sweet kan? Semalam ingat nak tangkap gambar dengan dia tapi malu ah..MySpace *lempang laju-laju* Tapi sempat la jugak main-main mata dengan dia time bagi bunga telur..dua seken je tau. Takleh lama-lama pandang imam ni..Tergugat iman aku..adeh *gatal sungguh* Imam dulu dah kawen, so sekarang target imam ni plak..


p/s: Selamat Hari Guru ABANG NAZRUL....*ucap dengan nada sopan*

Saturday, May 14, 2011

Cara atasi roommate bermasalah

Assalamualikum uolls~

Sape kat sini pernah tinggal kat asrama? Ha..mesti korang ada roommate or dorm mate or house mate kan?? Macam mana perangai dorang? Penah tak ada problem dengan dorang? Haish..banyak pulak tanya! grrr...

So far, aku tak pernah lagi bermasalah dengan rumet aku. Tapi, banyak kes yang aku dapat berkaitan dengan rumet ni *bajet kaunselor lagi dan lagi*.



Pernah tak dapat rumet yang pengotor? Selalu tak mandi, baju malas nak basuh, katil tak pernah nak kemas, barang bersepah-sepah, bekas makanan tak basuh..kes ni selalunya terjadi pada Aslan As lelaki..kan? kan? kan? Tapi jangan terkejut, sebab ada segelintir perempuan yang berperangai macam ni jugak. Kes macam ni aku selalu nampak kat awek2 cun dan meletops..especially time kat skolah dulu. Kalo kat luar tu, nampak cun, kemas dan bersih je..ce pergi kat loker ngan katil dia.  Mak aih..boleh pusing kepala dibuatnya. Dia punya pusing macam makan heroin wa cakap lu..So guys, janganlah bila tengok perempuan tu cantik je, terus terpikat. Tapi perangai sebenarnya lebih buruk dari korang..*sumpah aku tak jeles ngan pompuan cun* 


Cara atasi mereka amat mudah. Amik semua barang2 depa dan rendam dalam baldi. Curah sabun. Nak tak nak, depa kena basuh la kan? Kalo depa takmo basuh, bakor je. Pastu kalo depa tanya, cakap ada pencuri masuk tapi pencuri tu hanya amik barang dia sorang je! Bab mandi plak, time dia tengah sedap tido tu, jirus je air tanah sebaldi kat dia. Kalo dia tanya, cakap ada baby cium dia time dia tangah tido. HARAMMMM tu..kena samak~


Pernah tak ada rumet yang panjang tangan? Well, sape yang tak paham peribahasa tu maksudnya mencuri le..penah tak? penah tak? Pantang letak apa sikit, memang wajib hilang! Jenis ni memang kena berhati-hati sikit la kan..bukan apa, kang abis sume barang kita dia sapu..MySpace Cara nak ngajor mereka--> letak air buah gatal/ulat bulu tu kat barang korang (kecuali baju la ye). Bila dia amik, mesti gatal2 tangan dia sampai dia nanges2 wa cakap lu..tapi korang, time nak amik barang tu jangan lupa plak pakai sarung tangan ye..

Pernah tak dapat rumet yang tak hormat rumet yang lain? Ha..jenis ni nama dia panjang sikit. Apa, tak paham? Hmm..contohnya si rumet ni bawak kawan dia datang bilik, pastu memekak padahal dia tau kita tengah study untuk final exam esoknya. Paham tak ni??? Ha..kan kureng ajer namanya tu. Rumet jenis ni, senang je nak ngajor dia. Berdiri depan dia ngan kawan dia, hantukkan kepala mereka (kalo berdua) tak pon lempang mereka laju2 sampai depa pengsan! Pastu sambung study seperti sedia kala.


Itu antara jenis2 rumet yang dapat aku pikir buat masa ni. Kalo ada lagi nanti aku tambah. Ciao~




p/s: Faziera..rumet ko skang ok tak? hehehe *berani ke nak cakap tak ok?*

Dear KAMU...[Adele- someone like you]


I heard that you're settled down, 

That you found a girl and you're married now, 
I heard that your dreams came true, 
Guess she gave you things I didn't give to you, 
Old friend, why are you so shy? 
Ain't like you to hold back or hide from the light, 

I hate to turn up out of the blue uninvited, 
But I couldn't stay away, I couldn't fight it, 
I had hoped you'd see my face, 
And that you'd be reminded that for me it isn't over, 

Nevermind, I'll find someone like you, 
I wish nothing but the best for you, too, 
Don't forget me, I beg..

I remember you said, 
"Sometimes it lasts in love, 
But sometimes it hurts instead, 
Sometimes it lasts in love, 
But sometimes it hurts instead, yeah, 

You know how the time flies, 
Only yesterday was the time of our lives, 
We were born and raised in a summer haze, 
Bound by the surprise of our glory days, 



I hate to turn up out of the blue uninvited, 

But I couldn't stay away, I couldn't fight it, 
I had hoped you'd see my face, 
And that you'd be reminded that for me it isn't over



Lagu ni aku tujukan buat seseorang..


p/s: Miss you damn much...*how i wish i could turn back time*MySpace

Wednesday, May 11, 2011

Kawan yang haprak [how to detect]

Assalamualaikum uolls~




Ni aku nak tanya sket..korang ada tak kawan2 yang haprak? Pe jadah haprak tu? Ok, haprak tu lebih kurang macam tak leh guna la..ha, ada tak? Well, dengan umur yang semakin meningkat ni, ada je aku jumpa orang2 macam ni and ada jugak kawan aku yang tergolong dalam golongan haprak ni. Macam mana nak tau ciri2 orang yang berperangai busuk ni? Lets check it out~

1) Macam biskut - Orang2 sebegini kejap muncul, kejap hilang tah ke mana. And mostly mereka hanya muncul sebab nak mintak tolong dari ko je.

2) Hipokrit - Well..rasanya tak yah nak describe lebih kot. Orang2 camni selalunya akan bersikap baik dan mesra dengan ko walaupun sebenarnya dia benci kat ko. And tentulah dia baik dengan ko sebab ada kepentingan untuk dia kan? kan?


3) Penglipur lara- Orang2 jenis ni pulak, pantang kalo ada orang mengata ko. Bukan dia dok backing ko, tapi dia pulak yang lebih2 tokok-tambah pasal ko.

4) Simbiotik - Kawan jenis ni a.k.a friends with benefit la kan. Kira ok la jugak sebab ianya win-win situation. Dua2 pihak dapat benefit.

5)Parasit - Jenis ni memang bahaya dan paling tak leh pakai! Berkawan dengan ko sebab ada kepentingan dan kepentingan dia tu merosakkan ko. Boleh juga digambarkan sebagai golongan kawan-makan-kawan..huh


Itu je kot yang dapat aku pikir. So, bagi aku kalo ko ada kawan yang berperangai sebegini, pandai2 lah jaga diri dan jangan biarkan mereka mengganggu atau merosakkan hidup ko. Kalo perlu jauhkan diri, jauhkan je..

Ha, korang plak kawan yang jenis macam mana? Ada tak ciri2 kat atas ni sama dengan korang? Pikir-pikirkan la.. MySpace

Tuesday, May 10, 2011

Keghairahan Popular Di Dunia Maya [cabaran minggu 3]

Assalamualaikum uolls~


Lama pulak menyepi...ada orang da start rindu ke tu? *perasan lettew*..tajuk cabaran latihan menulis diteruskan dengan topik minggu ni--> Keghairahan Popular Di Dunia Maya


Secara logiknya, aku rasa semua orang suka jadi pemes. Kalo tak, takkan la rancangan realiti tv skang ni da melambak-lambak macam bayi kena buang kan? *relevan ke contoh aku tu?*

Bagi orang yang tak pernah menjadi pemes, dikenali ramai merupakan satu impian yang besar maknanya. Yela, bila kita pemes, orang akan kenal kita, tegur-tegur kita, komen2 status facebook kita, maen2 tweet dengan kita..kalo jumpa tengah jalan plak, sibuk nak amik gambo ngan kita..tak ke sronok tu? Feeling artis kejap kan~

Sekarang ni aku tengok, tak payah nak melalak-lalak, buat album ke ape da kalo teringin nak pemes. Buat je blog! Aktif berblogging and dont forget to mingle around omputeh cakap. Mesti pemes punye la! Tau tak ape makna mingle around tu? Ha..beramah mesra/ bergaul la dengan blogger2 laen. Contohnya blog walking ke, join group2 blogger kat facebook ke..macam tu la. Kalo tak nak berblog pon, tepek je video kat youtube. Ha..macam Ckgu Shida tu kan..meletops uolls~

Aku google Maria Elena tetiba gambo dia ni yang keluor..*kompius jap*

TAPI, jangan la ko buat blog, pastu sunyi sepi. Orang komen, ko tak reply. Orang tinggalkan link time blog walking, ko tak terjah balik..kalo camtu takyah la berangan nak dapat follower 10000000 or jadi pemes. Tapi tu berguna untuk orang yang bebetul nak pemes la kan..kalo berblog setakat hobi peribadi, tak kesah la. Dan boleh jadi juga, kalo ko tak mingle around pon, tapi isi blog memang meletops..memang orang yang akan cari ko..betul tak? hehe..

Inilah Maria Elena sebenar..tak kenal sape beliau? klik sini

Tapi biasalah manusia ni. Bila tak pemes, sibuk nak pemes. Bila dah pemes, nyesal plak sebab sume yang kita buat, orang akan sibuk nak amik tau. Bagi aku pulak, tujuan aku berblog ni sekadar suka2 je. Ikut trend orang cakap. Orang berblog, aku pon teringin jugak kan. Cuma dari sudut keghairahan untuk jadi pemes tu, tak la kot. Seriau aku kalo orang asek nak tangkap gambo ngan aku je nanti..hehe *perasan lettew*

Ok, pape pon, diharapkan kepada sesiapa yang nak pemes tu, biarlah pemes disebabkan kebaikan. Bukan keburukan atau perkara yang memalukan yang kita lakukan. Kalo tak rasa nak jaga nama baik sendiri pon, jagalah nama baik keluarga, agama dan bangsa..ciao~

Ala..nampak sikit jew~

Thursday, May 5, 2011

Kenangan Tahun 2

Assalamualaikum uolls~


Da bekpes ke? Sihat? Ok, tu je intro yang dapat aku pikir skang. hahaha..Kalo aritu aku cerita pasal Kenangan Tahun 1, la ni tahun 2 la plak kan? Ok, rasanya tahun 2 ni much better la dari tahun 1 kan..biasalah tu. Rasanya sume orang camtu. Dak2 kos aku pon da makin rapat time tu. Rapat pon sebab satu kumpulan masa lab. Ok la tu..boleh merapatkan ukhuwah kan? kan?

Time ni aku da ada geng! *cara cerita cam ade geng kongsi gelap je kan* Geng aku 4 orang je. Takmo ramai2. Sesak. *padahal da memang takde kawan kan* Aku, As, Ifa and Saidah aka Mek Dah. Then tak berapa lama lepas tu, aku kenal plak ngan Fazira..makin lama, makin rapat.

Me and Ira

Time tahun 2 ni yang buat aku lagi rapat dengan dak kos yang lain adalah disebabkan kitorang buat STUDY GROUP! Ye..study group. Tapi aku pergi sana bukannya study pon. Just nak dengar lecture je..hehe

Kami akan bahagikan beberapa bab sorang, then present. So aku study bab yang aku kena present jela. Sangat berguna la kan group ni sebab bila dorang present tu barulah aku clear sikit sume benda yang aku blaja. Time kelas berangan kan..mana nak paham! Duhh..

Ni study group paling besar yang aku tau. Kalo tak silap lebih 10 orang kot! Hahahaha..at the end, sume orang berjaya menaikkan pointer. So, memang berkesan kan? Kesimpulannya, buatlah study group!

Wednesday, May 4, 2011

Bahana kasut tumit tinggi

Assalamualaikum uolls~


Last weekend, kawan aku--> Wawan and Aina kahwin. Tak sangka plak dorang kahwin. Bukan apa, masa skola rendah dulu, si wawan ni suke benor ngusik si aina ni sampai nanges2 si aina ni dikerjakannya~hehe

Gambo ni aku cilok dari fb aina..hehe

Tapi ye la..da jodoh..ye dak? Semoga jodoh mereka kekal ke akhir hayat...

Dah namanya pon gi kenduri kahwin, mestilah aku melaram sakan kan? hehe..tapi takdelah sakan mana pon..just pakai heels je..hehe Aku memang jarang yang amat sangat pakai heels ni. Takut terplecok and sakit kaki maa..
Nak dijadikan cerita, aku pakai la heels time kenduri tu. Semuanya berjalan lancar. Takde terplecok-plecok okeh! Balik rumah, bila bukak je kasut..rasa lenguh. 

"Biasalah tu.." aku pikir camtu.

Bila dekat-dekat maghrib tu, makin sakit la plak. Aku pon gosok le dengan minyak panas. Bila da malam2 sket, makin sakit plak! Aku pon suruh la ayah aku urut sikit. Lega la jugak..



Pagi esok tu, terus tak leh jalan okeh! Sakitnya tuhan je yang tau. Rasa nak nangis time tu jugak! Rasa macam kaki kena gelek ngan treler 18 tan! Ayah aku urut lagi and balut kaki aku dengan sejenis daun. Nama daun tu daun Tembaga Suasa. Penah dengar? Ayah aku cakap daun tu memang pemes untuk seliuh2 ni. Esoknya tu lega sikit. Alhmdulillah, arini makin beransur tapi still sakit lagi la..

Nampak parah gila kan????
Moral of the story: lepas ni aku da takmo pakai high heel lagi! huhu..

Andai aku seorang pengarah filem...[cabaran minggu 2]

Assalamualikum uolls~




Lama tak update blog. Rindu tak? *bajet pemes plak*. Ok, kalau aku jadi pengarah filem, agak2 apa jadi ek? Uma banglo mesti ada 8 bijik, keta mesidis sport 3 bijik, keta BMW 8 series wat pegi pasar 2 bijik. Tu tak termasuk penthouse 5 bijik. Jap2..ni kalo aku jadi jutawan..bukannya jadi pengarah filem! Duhh..

Ok, aku rasa kalau akulah yang jadi pengarah filem, filem2 yang aku hasilkan mesti banyak berkisar tentang keluarga dan kehidupan. Mungkin jugak majoriti filem aku berdasarkan kisah hidup aku sendiri. Macam blog ni jugak..hehe~Dan masa tu, tak payah la aku nak terhegeh-hegeh men-tweet artis2 kat Malaysia ni.. Shaheizy Sam pon melutut kat aku soh kawen ngan dia amik berlakon..hahahaha *bongkak sungguh* 



Kalo aku kawen pon, mesti ramai yang nak sponsor..mana tak nye, pengarah filem terkenal la katakan! *berangan le ko..* Untung2, dapat kawen ngan angkasawan! heehe..Ok la..da tak tau nak merepek ape. Apa yang pasti aku memang takkan mungkin le jadi pengarah filem..tapi kalo nak berangan tu, tak salah kan? kan?



p/s: kalaulah aku kahwin dengan pewaris takhta cam Prince William tu..MySpaceWOW!!!
Related Posts with Thumbnails