-G.E.N.G-

Tuesday, May 10, 2011

Keghairahan Popular Di Dunia Maya [cabaran minggu 3]

Assalamualaikum uolls~


Lama pulak menyepi...ada orang da start rindu ke tu? *perasan lettew*..tajuk cabaran latihan menulis diteruskan dengan topik minggu ni--> Keghairahan Popular Di Dunia Maya


Secara logiknya, aku rasa semua orang suka jadi pemes. Kalo tak, takkan la rancangan realiti tv skang ni da melambak-lambak macam bayi kena buang kan? *relevan ke contoh aku tu?*

Bagi orang yang tak pernah menjadi pemes, dikenali ramai merupakan satu impian yang besar maknanya. Yela, bila kita pemes, orang akan kenal kita, tegur-tegur kita, komen2 status facebook kita, maen2 tweet dengan kita..kalo jumpa tengah jalan plak, sibuk nak amik gambo ngan kita..tak ke sronok tu? Feeling artis kejap kan~

Sekarang ni aku tengok, tak payah nak melalak-lalak, buat album ke ape da kalo teringin nak pemes. Buat je blog! Aktif berblogging and dont forget to mingle around omputeh cakap. Mesti pemes punye la! Tau tak ape makna mingle around tu? Ha..beramah mesra/ bergaul la dengan blogger2 laen. Contohnya blog walking ke, join group2 blogger kat facebook ke..macam tu la. Kalo tak nak berblog pon, tepek je video kat youtube. Ha..macam Ckgu Shida tu kan..meletops uolls~

Aku google Maria Elena tetiba gambo dia ni yang keluor..*kompius jap*

TAPI, jangan la ko buat blog, pastu sunyi sepi. Orang komen, ko tak reply. Orang tinggalkan link time blog walking, ko tak terjah balik..kalo camtu takyah la berangan nak dapat follower 10000000 or jadi pemes. Tapi tu berguna untuk orang yang bebetul nak pemes la kan..kalo berblog setakat hobi peribadi, tak kesah la. Dan boleh jadi juga, kalo ko tak mingle around pon, tapi isi blog memang meletops..memang orang yang akan cari ko..betul tak? hehe..

Inilah Maria Elena sebenar..tak kenal sape beliau? klik sini

Tapi biasalah manusia ni. Bila tak pemes, sibuk nak pemes. Bila dah pemes, nyesal plak sebab sume yang kita buat, orang akan sibuk nak amik tau. Bagi aku pulak, tujuan aku berblog ni sekadar suka2 je. Ikut trend orang cakap. Orang berblog, aku pon teringin jugak kan. Cuma dari sudut keghairahan untuk jadi pemes tu, tak la kot. Seriau aku kalo orang asek nak tangkap gambo ngan aku je nanti..hehe *perasan lettew*

Ok, pape pon, diharapkan kepada sesiapa yang nak pemes tu, biarlah pemes disebabkan kebaikan. Bukan keburukan atau perkara yang memalukan yang kita lakukan. Kalo tak rasa nak jaga nama baik sendiri pon, jagalah nama baik keluarga, agama dan bangsa..ciao~

Ala..nampak sikit jew~

14 comments:

hafiz hafizol said...

wah artis lala....

nurul lalala said...

ha..dia le artis tu..hihi

admin said...

nak otograp cik lala.....

100penulis said...

link da masuk senarai.. sorry lambat

nurul lalala said...

admin: meh pen ngan kertas. ke nak sain kat baju? kikiki


100penulis: tq3..

Aizat Aslam said...

hi singgah sni jap..dtg klik nuffnang n churp2..klik me back!~

Hanim Mahali said...

buat blog bleh pemes.... Hee

nurul lalala said...

aizat: mekaseh2..sok dtg klik lagi tau! ^^


hanim: aah. macam hanim le..retis~hehe

Admin said...

duit pn leh bt..hehehe

Aujinz said...

alaa. sikit jer..hua hua hua

4umyfans said...

teman pun ada blog sebab kucing teman.... : )

~sHy~ said...

awak ade iras macam penelope cruz la..:P..hehe

~sHy~ said...

awak ade iras macam penelope cruz la..:P..hehe

nurul lalala said...

shy: hahaha..perli lettew~

Related Posts with Thumbnails