-G.E.N.G-

Wednesday, June 29, 2011

Buang anak sebab nak tengok Transformers

Assalamualaikum uolls~



Milah: Bang, malam ni gi tengok transformers nak bang? Jom la..jom la..*sambil menghentak-hentak kaki*

Atan: Abang pon teringin benor nak nengok..tapi anak kita, Peah tu macam mana? Sape nak jaga? Baru 3 bulan..takkan nak tinggalkan camtu je??








Tajuk takleh blah~ hahaha...sape yang gi tengok malam ni? Kalau korang, korang pilih yang mana?

A= tinggal uma parents, biar dorang jaga

B= heret sekali anak korang tu

C= dok je uma, tunggu donlod version





p/s: bagi aku--> anak itu satu tanggungjawab. tengok transformer tak termasuk dalam senarai tanggungjawab!

#3 WORDLESS WEDNESDAY | Si Nakal





Idea: Andyhowtt

Thursday, June 23, 2011

#2 SPONTANEOUS THURSDAY | Mimpi Indah

Malam tadi mimpi orang yang aku suka, suka kat aku gak..
best tak? best tak?
















p/s: mode angau--> senyum sampai telinga

Monday, June 20, 2011

Kawan rapat vs kawan tak berapa nak rapat

Assalamualaikum uolls~

Time cuti sekolah hari tu, kenyang aku makan nasi minyak. Maklumlah, ramai yang kawen time cuti sekolah. Kawan2 aku pon ramai yang dah kawen. Ni nak cerita sikit apa perbezaannya bila aku pergi wedding kawan rapat dengan kawan yang tak berapa nak rapat:



Kawan tak berapa nak rapat:

Aku: Ok lah..aku nak balik dulu. Selamat pengantin baru..

Pengantin: Eh, ko da makan ke?

Aku: Da..

Pengantin: Kenyang tak makan? Makanan ok tak? Sedap tak?

Aku: Ok. Sedap sangat!

Pengantin: Ala, nak balik dah ke? Ok2. Thanks tau datang..Dah dapat bunga telur da? Da sign guest book? bla..bla..bla..meh la amik gambar sama2 dulu..




Kawan rapat:

Aku: Ok lah..aku nak balik dulu. Selamat pengantin baru..

Pengantin: Okbai.




p/s: Dah dapat hubby, muka kawan pon ko tak sudi nak pandang.

Tuesday, June 14, 2011

Beza dulu dan sekarang

Assalamualaikum uolls~

Sorry la lama tak update. Sejak keje ni bizi bebenor teman! Ni nak citer beza dulu (before keje) and sekarang (dah keje):


Dulu: Kelas pukul 8am, pukul 7.50am baru terhegeh2 nak mandi.
Sekarang: Masuk opis pukul 8.30am, pukul 6am dah mandi!


Dulu: Pergi kelas jalan kaki *exercise konon*
Sekarang: Pergi kelas naik keta *menumpang jah* <-- leh sambung tido


Dulu: Makan nasi + sayur + ayam goreng + air limau = RM4.50 *tu pon siap ugut takmo makan situ dah*
Sekarang: Makan nasi + sayur + ayam goreng + air limau = RM 7.00 *rase nak cekik dengan pinggan skali*


Dulu: Hulur je tangan, dapat duit!
Sekarang: Hulur je tangan, dapat bil *ades*



Dulu: Pukul 2 pagi pon "Ahh, malam masih muda!"
Sekarang: Pukul 10pm, "Uarghhhh...ngantok!"




p/s: sume orang penah berperasaan camni atau aku sorang je??

Friday, June 10, 2011

Perasaan seorang single


The most romantic story isn't Romeo & Juliet died together, but my Grandpa & Grandma grew old together~


Kawan aku bertanya:

Kawan: Ko tak sunyi ke jadi single ni?

Aku: Biasa je..

Kawan: Kalo kapel kan best. Ada orang nak amik berat pasal kita, tanya kita dah makan ke blom, nak tidur leh manja2..

Aku: Benda tu semua aku buat ngan mak aku. Dia slalu call tanya dah makan ke blom, amik berat pasal aku, nak tido pon dia datang kasi gudnyte kiss..Ko umur berapa tahun?

Kawan: 23 la..

Aku: Dah berapa lama kapel?

Kawan: Masuk bulan depan, genaplah 6 bulan..seronok gila. Bahagia! First time kapel lah katakan..hehe

Aku: O..first time kapel?

Kawan: Aah. Apa perasaan jadi orang single ni ek? Aku tak dapat bayangkan..mesti lonely gila! Kalo aku, takleh la hidup single-mingle ni!

Aku: Selama ko hidup 22 tahun setengah yang lepas, ko rasa lonely x?

Kawan: Takde pon. Nape?

Aku: Masa tu kan ko single..mesti ko tau apa perasaan jadi single. Takkan tak dapat nak bayangkan kot??

Kawan: Erk..ala, tu lain..




p/s: setakat kapel baru 6 bulan takyah berlagak ngan aku yang singlet ni..cait!!

Thursday, June 9, 2011

Trend mak bapak didik anak zaman sekarang [part 1]

Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Si anak bersiap-siap nak keluar. Pakai tube merah nampak lurah dada *perlu ke begitu spesifik?* dipadankan dengan skirt pendek warna itam. Baru nampak HOT!


Mak: Nak ke mana tu Senah?

Senah: Kluar la mak..cam bese..

Mak: Dah malam sangat dah ni. Ko jangan mengada-ngada la. Dok je rumah!

Senah: Ala..kejap je.  (sambil berlalu pergi)

Mak: Hmm..yela..jangan balik lewat2 sangat tau. Nah duit belanja~


Pesen sekarang--> mak bapak yang dok dengar cakap anak.



p/s: bila anak boyot, tau plak tak ngaku anak!tu la pentingnya ISLAMIC edukesyen~

Thursday, June 2, 2011

Prince William dan Kate Middleton BERCERAI!!!!!!

Assalamualaikum uolls~

tengah2 online fb tadi tiba-tiba nampak berita ni (copy paste):


Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks

'I Made A Terrible Mistake' Says Heir To British Throne


Kenapa adinda evans hilang dara [updated]

Assalamualaikum uolls~

Semalam memang panas pasal adik kita ni. Sampai page view blog aku cecah riban2. Kalo filem dah boleh kira pecah panggung tu.. Kalah Dr R0zmey~




Well, time aku blogwalking tadi, jumpa fakta sebenar kenapa adik kita ni dah takde dara: thanks to darxniq






Kalau betul ini kisah sebenarnya, aku tumpang simpati la kan dengan adinda ni. TAPI..berdasarkan apa yang aku baca dari old post kat blog dia, nampak asik kena GAME je..so ada sedikit kekeliruan di situ. Apa-apa pun, semoga adinda dapat kembali ke jalan yang lurus (kalau dia suka ber-GAME) dan semoga dia tabah hadapi kehidupan yang akan datang (kalau betul dia kena rape).



p/s: baru terhegeh-hegeh nak tengok POC MySpace

Wednesday, June 1, 2011

Ada apa dengan Adinda Evans??? (kesah ape aku bukan virgin)

Assalamualaikum uolls~


Sejak tengahari tadi memang kecoh pasal adik comel lagi cantek manis ni
Umur 14 tahun and the way she thinking is ____ (choose ur own word)


Bangga sungguh dia bercerita kepada satu dunia yang dia dah takde DARA.
Aku pon setuju la gak ngan statement dia --> dalam dunia sekarang ni memang payah nak cari pompuan dara.

But ko tak yah la nak berbangga plak yang ko tu tak virgin even ko baru 14 tahun.
So pitiful la weh..


Then tak yah nak sibuk cakap pasal maruah diri kalo ko sendiri takleh define what is MARUAH DIRI yang sebenar~



Pengakuan minah ni (aku copy bulat2 dari blog dia)


ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)












p/s: tu lah pentingnya ISLAMIC edukesyen~

#2 WORDLESS WEDNESDAY | Blog Cik Lala



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com --> Andyhowtt.com ; EmantheHaliaAslann::one step forward

Bisnesku hancur lebur~

Assalamualaikum uolls~


Sekarang ni aku kekenyangan lepas pekena asam laksa + sirap bandung Bangi kopitiam. 
Dia punya laksa..perghhhhh---> menjilat mangkuk wa cakap lu..MySpace


Ramai yang tanya apa plan aku pas habis belajar. Well, first plan aku adalah untuk buat bisnes.

Dengar macam canggih dan gempak je bunyi dia kan? kan?
Tapi lately ni aku rasa peluang bisnes aku macam makin malap plak.MySpace
Aku nak buat bisnes KUIH RAYA + MUFFIN + CUP CAKE..canggih tak?


Tapi kenapa aku cakap peluang aku makin malap?
Sebab biskut aku --> kejap jadi, kejap tak.
Cupcake aku --> tak reti buat frosting
Muffin aku --> kejap naik, kejap batat!








Nampaknya kena cari bisnes lain.
Nak buat bisnes nursery plak..ni klien yang pertama:


(tengok sambil letak tangan kiri kat pipi kiri dan sengetkan kepala)





Related Posts with Thumbnails