-G.E.N.G-

Friday, February 24, 2012

Balqis Saffiyah: SETAHUN

Assalamualaikum..

Sukenye saye...

with my tr0mpet n candu!



Ce tengok mulut depa..cucu dgn wan same je..haha




Happy birthday Saffiyah...Moga kelak menjadi anak yang solehah, berjaya dan diberkati dunia akhirat..love u soooooo much!

Wednesday, February 15, 2012

Suatu hari di kelas mengaji

Assalamualaikum.


Setiap Sabtu, aku akan pergi kelas mengaji (bukan nak tunjuk alim/baik/skema tapi dah memang kenyataan sebab bangang la pergi belajar kan??). Suatu hari yang hening, *bajet cerita zaman dahulu kala* ditakdirkan tenaga pengajar tak cukup. So kelas aku kena campur dengan kelas lain (kelas ni patutnya hari lain)


Tiba-tiba masuklah seorang budak laki ni..Muka dah ohsem. Rambut pon ohsem. Cuma ketinggian je kureng sikit. Tapi takpe, orang cakap kalau berpasangan dengan orang pendek,nanti murah rezeki kan?? Ok. Enough about him. Then, kelas pon bermulalah seperti biasa. Tiba time dia kena baca..perrghhhh suara dah layak masuk akademi al-quran dah.MySpace Aku pon senyum simpul sebab kagum dengan suara dia. "Harap2 dapat sama kelas dengan dia lagi" kata hati gatalku.


Minggu seterusnya, kelas kami tak bergabung. Tiba-tiba, dia datang masuk nak jumpa ustaz aku dengan sorang budak perempuan (around 5 tahun kot umur dia)

Dia: "Ustaz, macam mana Miera (bukan nama sebenar)? Ok ke dia ngaji?"

Ustaz: "Uihh..pandai dah budak tu. Elok ngaji dia. Lancar je. Selalu ke ngaji dengan ayah?" (ustaz tanya kat Miera)

Miera: "Selalu. Pas solat ayah selalu ajar ngaji."




Pehhh...sekali bapak orang daaa...MySpacemuka je awet muda. Bila di soal selidik, mamat tu umur dia dah 30 lebih da. Adeh. Patah hati betol! Asal aku minat je, laki orang la..bapak orang la..Sama kes dengan Redza Minhat, Ustaz Don, Johnny Depp dan seangkatan dengannya. Bila cakap dengan mak aku, lagi sadis. Tau dia cakap apa?

Redza Minhat..tinggal kenangan..

Ustaz Don..khabarnya dah bertunang. Btoi ka abg don?????




"Tu lah..orang datang ngaji niat nak menuntut ilmu. Bukan nak menggatal."


Cit. 






p/s: Never mind I find..someone like you...hehehe *tapi bukan laki or bapak oranglah ye..*

Friday, February 10, 2012

Hinanya aku

Assalamualaikum..

Salam jumaat uolls sekalian. Moga hari ni lebih barokah daripada semalam *bajet ari jumaat, kena cakap arab sket*. Well. aku takde tepon canggih. Motipppp? 


Beberapa hari yang lepas, kawan keje aku heboh pasal simsimi ni. Apps ni sesuai untuk orang yang forever alone macam aku nak seronok2. Asyik bercakap dengan orang je, sekali-sekala pe salahnya bercakap dengan robot plak kan? tak ke cool tuh?


Back to the title, apa yang hina sangat aku ni??? Malas nak cite, bacalah sendiri 'conversation' aku dengan mamat robot ni:




Taik.

Thursday, February 2, 2012

Umur wajib kahwin

Assalamualaikum..

Setiap kali update blog, aku akan mengeluh cakap dah lama tak update blog sebab bizi. LAME excuse huh? Sebenarnya sebab takde idea dan masa*still lame*. Percaya tak? Plan nak tukar layout pon, tak kesampaian. La ni dah takleh nak pakai theme funky2 sangat. Sebab terasa diri tu dah tua. Kahkahkah..


Julai ni, aku akan menamatkan zaman bujang menginjak umur 24 tahun. Umur yang just nice untuk kahwin bagi kebanyakan orang kan? Well, same for me. Dulu2, aku berangan nak kahwin umur 23. Gatal? Nnnahhhh...bagi aku, biar kahwin awal, esok2 bila dah tua, anak2 pon dah besar. Takde lah dah pencen, anak pon tak habis degree lagi kan?


Sekarang ni, nak bukak fb pon malas. Sebab penuh dengan wedding invitation kawan2 lain yang sebaya dengan aku. Bukan dengki. Bukan jeles. Tapi sayu mengenangkan diri yang tak laku2..hahaha 

Makin hari, makin tension bila orang asik tanya bila nak kahwin. Beb, umur aku baru 24 kot. Belum 34 lagi. In fact, tak cecah 24 pon lagi. hehe...




Kesimpulannya, tak payah sibuk nak tanya bila aku nak kahwin, sebab bila tiba masanya, mesti ko akan dapat jemputannya. Or at least aku akan announce kat fb or blog *bajet retis*. Doakan semoga aku cepat bertemu jodoh..kahkahkah



p/s: Next week, kawan kahwin lagi..MySpace
Related Posts with Thumbnails