-G.E.N.G-

Monday, August 13, 2012

Creampuff with cream custard filling

Assalamualaikum.

Last week for the first time aku buat cream puff. Sekarang ni trend buat cream puff plak aku rasa.So kebetulan masa makcik aku buat majlis iftar, so malam tu aku pon gamble la buat crem puff ni. Alhamdulillah menjadi. So kalau aku yang first time buat pon jadi, maknanya senang lah cara buat dia kan? Meh salin resepi:

1/2 cawan @ 65g tepung gandum (aku pakai 70g)
1/2 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/4cawan @ 57g butter (aku guna 60g)
2 biji telur (gred A)
secubit garam

Kuantiti: 12 ketul (sebab aku buat segedabak!)


Masukkan butter dan air dalam periuk. Seelok-eloknya butter tu biarlah lembut n dipotong kecil-kecil. Panaskan sampai mendidih. Api jangan besar sangat, jangan kecik sangat..sedang2 je. Jangan lupa kacau lak ye..


Agak2 dah mendidih camni, matikan api dan remove dari dapur yg panas tu. Masukkan tepung, gula n garam sambil kacau. Nak masukkan tepung tu sikit2 boleh, sekaligus pon boleh. Aku main pakai campak je. Kacau2 and letak atas dapur balik. On api perlahan sambil kacau.


Kacau sampai jadi doh. Bila dah jadi doh tu pon kacau gak sampai agak2 jadi kering sikit adunan tu. Tutup api and angkat. Sejukkan sikit. Agak2 dah suam tu, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau. Kacau kacau kacau sampai jadi sebati and fluffy. Jangan over kacau! Nanti jadi keras!


Lepas tu boleh la bakar. Kalau nak cream puff bentuk cantik, masukkan lah dalam piping bag n pipe la bentuk2 yang korang suka. Aku pemalas, aku pakai sudu je. Senang! Bakar pada suhu 200c selama 15 minit. Lepas tu turunkan suhu oven kepada 180c selama 30-35min.

Crem puff terbaik? Mesti lompong/kosong bila dibelah tengah. Kalau lepas bakar korang belah la sikit tengah tu nak tengok kering or tak. Kalau still basah, belah sikit setiap cream puff tu and masukkan balik dalam oven yang panas tu (takyah on oven) selama beberapa minit.





Cream custard: aku wat tak bersukat. So aku tak tahu camne nak bagi resepi..huhu
Tapi tak pe, ni ade Mat Gebu punye resepi, korang boleh cube ye..Mudah kan? Boleh lah buat untuk open house nanti! Selamat mencuba~

1 comment:

nabilazhar said...

Senang je kan beb.tp aku wat inti choc nutella lg sodap.hehehe :P

Related Posts with Thumbnails