-G.E.N.G-

Wednesday, August 1, 2012

Mari belajar Tajwid

Assalamualaikum..

Dah berkurun tak update blog, skill mengupdate dah semakin berkarat. Rasanya masih belum terlambat untuk aku wish selamat berpuasa kan? kan? Kerja yang menggunung membataskan aku untuk update blog. Ni dah kenapa ayat macam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ni? Feeling dewasa mungkin!

So sempena bulan yang mulia ni, apa kata kita sama2 belajar tajwid. Apa pentingnya belajar tajwid? Well tahukah anda bahawa tajwid yang salah mungkin memberi makna yang berlainan pada ayat Quran yang dibaca? Ini penting terutama kalau nak solat. Surah yang memang wajib kita tahu tak lain tak bukan adalah surah al-fatihah. Tahu tak walaupun sejak kecil baca surah ni, tapi masih ramai yang tak sedar tentang kesalahan yang biasa dilakukan dalam surah al-fatihah.

Antara kesalahan yang memberi makna yang berlainan:

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
info lanjut: myibrah


Nombor-nombor bertanda merah tu adalah antara kesalahan paling famous! Untuk panduan Tajwid yang betul, klik soutulmujahid.com 

Semoga info yang diperoleh ni dikongsi dan mampu membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails