-G.E.N.G-

Friday, August 3, 2012

Pencapaian hidup

Assalamualaikum.

Mungkin tak ramai yang tahu, sabtu lepas (28/7/12) aku baru je menginjak ke umur yang baru *masih belum terlambat untuk wish ye adik2 sekalian*. Bertambah lagi setahun umur aku. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas meneruskan hidup. 

So selepas 24 tahun bernafas, aku terfikir..apa je yang aku dah capai sepanjang hidup ni? Alhamdulillah antara pencapaian terbesar adalah aku berjaya menggenggam segulung ijazah untuk disimpan buat kenang-kenangan.

Dah hampir setahun berlalu since aku grad. Bila tengok fb, ramai kawan aku yang buat perubahan dalam hidup. Lepas je grad, ramai yang dok bertunang dan kahwin. Tak kurang jugak ada yang dah beranak. As time goes by, the same thing goes over and over again. Yang dirisik dah bertunang, yang bertunang dah kahwin, yang kahwin dah ade anak. Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, tup2 putus frust berguling-guling. And last but not least, dalam masa hampir setahun ni, ramai jugak yang 18 kali tukar kerja and ada yang dah mempunyai kerja tetap. 

Aku??? Well, alhamdulillah masih lagi bekerja walaupun secara kontrak. Tapi apa perubahan/pencapaian terbesar dalam hidup aku? Setiap kali reunion or hang out dengan kawan2 lama dorang asik bertanya perkara yang sama: apa cerita sekarang?

Well, seriously hidup aku tak banyak berubah. Still single *nak gak highlight*, takde kerja tetap and masih lagi berhutang dengan ptptpu. Pencapaian hidup yang membanggakan diri?? Selain semakin aktif di twitter, berjaya memakai smartphone dan dah pakai postpaid, aku juga berjaya menukar spec baru. Pencapaian yang membanggakan mak bapak?? .................



Ya, ni yang aku rasakan. Umur dah semakin tua tapi masih tak mampu membalas jasa mak bapak. Masih tak mampu nak pakai kereta sendiri, bayar segala bil dalam rumah tu, bayar bil klinik sendiri, beli barang2 rumah, shopping sakan setiap kali dapat gaji, melancong seluruh dunia dan lain-lain. Diri ni terasa useless. 

Tapi apa-apa pun, aku berharap sangat satu hari nanti hidup aku akan berubah. Berubah kepada hidup yang lebih bererti. Pernah sekali aku mengadu pada kawan dan apa yang dia cakap? Takpe wani, satu ari nanti ko akan berjaya punya! Aku dapat rasakan yang ko akan jadi kaya satu ari nanti! har har har..aminn 

Aku harap mulut ko masin kawan!

No comments:

Related Posts with Thumbnails