-G.E.N.G-

Thursday, February 7, 2013

Adab makan

Assalamualaikum.

Waktu sekarang 12.12 tengah hari. Dah makan? Well, sebelum makan tu apa kata layan dulu video bawah ni:

Ekceli, aku pantang sket orang makan berbunyi ni. Ala...macam dalam drama melayu dulu-dulu. Scene kat meja makan sambil bercakap. Lepas dia suap makanan, mesti dia bunyi ala-ala berdecip-decip (sumpah tak tau macam mana nak describe). Rasa nak cepuk je mulut dia! Tapi so far alhamdulillah, masih mampu bersabar. =)

So diharap lepas tengok video di atas, kita sama-sama praktikkan ye..


Selamat makan!

Wednesday, February 6, 2013

Tolong jangan hina makanan saya!

Assalamualaikum.

Masa: Waktu rehat, 17 tahun lepas. 
Tempat: Sekolah agama.


"Hmmm...sedapnya air ni!." aku meneguk air Kickapoo. Walaupun dah tak sejuk, tapi masih nikmat. Kickapoo, air kegemaran ayah. Oleh kerana ayah beli botol besar, aku salin ke botol air mineral 500ml *to be exact* untuk di bawa ke sekolah. Petang tu, aku minum untuk hilangkan rasa haus.



"Ewwww...air apa tu wani?? Ko minum air kencing ke tu??" tegur dia.

Tersentak dengan pernyataan itu, aku berhenti meneguk. Berbekal sokongan dan sorakan dari syaitonirrojim--> 'pang' 

Aku tampar dia dan terus masuk ke kelas. Hilang mood aku. Sedih. Rasa terhina. Di situ aku sedar, salah satu kepantangan aku adalah bila orang hina apa yang aku makan/minum. 


Situasi lain, bila makan kaki ayam ke, tongkeng ayam ke..

Tapi sebenarnya bukan pada aku je, kalau orang tu hina apa yang orang lain makan pon, aku tak suka. Aku rasa perbuatan tu biadap! Lain la kalau orang tu makan taik ke, benda yang terlalu pelik ke, itu pun bagi aku, selagi benda tu halal dimakan/minum, kau tak layak untuk menghina. Faham???

p/s: Buat dia, maafkan aku. Masa muda dulu aku memang baran.

Tuesday, February 5, 2013

Aku, seorang yang happy

Assalamualaikum.



Orang kata aku ni happy go lucky. 

Bila aku takda, suasana jadi hambar. Orang rindu. kahkahkah *rabak

Bila aku diam, semua diam. Sebab itu tanda aku bad mood atau takda mood nak bercakap.

Orang kata, disebalik sebuah senyuman, tersembunyi sebuah kedukaan.

Betul. Aku akui. Tak semua orang yang sentiasa gembira tu tak pernah sedih.

Tapi aku dulu tak macam sekarang. Dulu aku pendiam, tak banyak cakap, tak suka senyum. Keadaan sekeliling dan pengalaman yang menjadikan aku seperti sekarang. 

Terima kasih?

Monday, February 4, 2013

Februari 2013

Assalamualaikum.



Lama tak menjengah. 
Rindu pula. 
Ni semua Razik punya pasal! 
Moga ini bukan kali terakhir aku menulis.
Related Posts with Thumbnails