-G.E.N.G-

Wednesday, February 6, 2013

Tolong jangan hina makanan saya!

Assalamualaikum.

Masa: Waktu rehat, 17 tahun lepas. 
Tempat: Sekolah agama.


"Hmmm...sedapnya air ni!." aku meneguk air Kickapoo. Walaupun dah tak sejuk, tapi masih nikmat. Kickapoo, air kegemaran ayah. Oleh kerana ayah beli botol besar, aku salin ke botol air mineral 500ml *to be exact* untuk di bawa ke sekolah. Petang tu, aku minum untuk hilangkan rasa haus.



"Ewwww...air apa tu wani?? Ko minum air kencing ke tu??" tegur dia.

Tersentak dengan pernyataan itu, aku berhenti meneguk. Berbekal sokongan dan sorakan dari syaitonirrojim--> 'pang' 

Aku tampar dia dan terus masuk ke kelas. Hilang mood aku. Sedih. Rasa terhina. Di situ aku sedar, salah satu kepantangan aku adalah bila orang hina apa yang aku makan/minum. 


Situasi lain, bila makan kaki ayam ke, tongkeng ayam ke..

Tapi sebenarnya bukan pada aku je, kalau orang tu hina apa yang orang lain makan pon, aku tak suka. Aku rasa perbuatan tu biadap! Lain la kalau orang tu makan taik ke, benda yang terlalu pelik ke, itu pun bagi aku, selagi benda tu halal dimakan/minum, kau tak layak untuk menghina. Faham???

p/s: Buat dia, maafkan aku. Masa muda dulu aku memang baran.

2 comments:

Ima Salsuzaima said...

wah2.garangnye.hihi.tapi betul lah tu.x baik hina barang makan.tu kan rezeki Allah bagi.Sedangkan hina makanan yg x sedap pun x boleh,inikan mengatakan makanan dengan najis.

Urzain Hussain said...

penangan untuk mulut yang sengaja meminta penangan..huhu..

Related Posts with Thumbnails